Beberapa hari yang lalu, kita telah didedahkan dengan sesi beta terbuka untuk game Inazuma Eleven: Victory Road. Beta tersebut akan dijalankan pada 28 Mac ini untuk pengguna Nintendo Switch sahaja. Berita baiknya, pemain yang tiada Switch juga akan mempunyai peluang untuk sertai beta ini pada masa akan datang.
Diumumkan melalui akaun X (Twitter) rasmi game, sesi beta untuk Inazuma Eleven: Victory Road akan turut tersedia di platform PS4, PS5 dan Steam untuk menguji ciri cross-play game. Sesi beta ini juga akan tersedia secara global. Buat masa ini, tiada tarikh yang dijadualkan untuk sesi ini. Jadi nantikan pengumuman lanjut pada masa akan datang.
Tentang beta
Untuk sesi beta itu nanti, terdapat dua mode yang tersedia untuk anda cuba nanti iaitu Competition Mode dan Story Mode.
Dalam Competition Mode, anda boleh berlawan dengan pasukan anda tersendiri! Anda boleh pilih sehingga 48 pemain untuk menghasilkan pasukan impian anda. Antara pemain yang tersedia untuk anda pilih terdiri daripada tiga pasukan iaitu:
- Inazuma All-Stars
- National Champs
- Alius Masters.

Anda boleh membawa pasukan anda untuk bertanding dalam talian atau menentang bot serta melatih pemain-pemain anda. Terdapat juga Spectator Mode untuk anda menonton perlawanan dalam talian.
Selain itu, terdapat Victory Gallery di mana anda boleh melihat seni watak dan permandangan dalam game. Untuk membuka setiap seni dalam game ini, anda hanya perlu menang dalam perlawanan. Terdapat 100 seni untuk anda kumpul!

Untuk Story Mode pula, anda akan bermain sebagai protagonis, Destin Billows. Anda akan meneroka bandar serta alami cerita dengan cutscene animasi.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Apabila tarikh untuk platform lain diumumkan, kami akan memberikan kemas kini lanjut kepada anda. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post