Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Impulse Gaming Akan Buka Cawangan Baharu Di Sungai Petani, Kedah Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2025
in Artikel, Berita, Impulse Gaming, Tempatan
0 0
0
Impulse Gaming Akan Buka Cawangan Baharu Di Sungai Petani, Kedah Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Impulse Gaming, salah satu nama besar dalam industri perkhidmatan gaming di Malaysia, bakal membuka cawangan baharu di Sungai Petani, Kedah pada tahun 2025.

Langkah ini menandakan usaha mereka untuk mengembangkan sayap ke bahagian utara tanah air. Berita ini dikongsi menerusi posting media sosial dengan kapsyen, “Kedahans, are you ready to welcome us to your lovely state?”.

Walaupun lokasi sebenar masih belum diumumkan, para peminat sudah membuat spekulasi berdasarkan gambar dan komen yang dikongsi, dengan ramai menjangkakan ia akan dibuka di kawasan Amanjaya, di tapak bekas kedai bakeri Fairy Le Phénoménal.

Berita ini juga menjadikan Kedah sebagai negeri ketujuh yang menjadi lokasi cawangan Impulse Gaming, menyusuli kehadiran mereka yang sedia ada di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Impulse Gaming telah menjadi jenama yang dikenali ramai di kalangan komuniti gamer tempatan.

Mereka kini mempunyai cawangan di pelbagai lokasi seperti Johor Bahru (Mid Valley Southkey Flagship, Paradigm Mall, Toppen dan Ibu Pejabat), Kuala Lumpur (Midvalley dan CSL Flagship), Sunway, Seremban, Pulau Pinang (Autocity Flagship, Georgetown dan Queensbay Mall), serta Ipoh.

Impulse Gaming menawarkan pelbagai produk termasuk konsol seperti PlayStation, Nintendo Switch dan Xbox, aksesori seperti controller, headset, dan papan kekunci, serta barangan koleksi seperti Funko Pop, figura, dan merchandise bertema anime yang digemari peminat budaya pop.

Mereka turut menyediakan perkhidmatan seperti pembaikan konsol, program tukar beli untuk game dan peranti terpakai, serta pra-pesanan untuk game baharu. Ini baru sedikit, kerana banyak lagi produk dan servis yang mereka tawarkan selain daripada apa yang saya sebut.

Dengan rancangan untuk berkembang lagi besar melalui #SixMoreToGo, Impulse Gaming jelas bertekad untuk terus membawa produk dan pengalaman gaming terbaik ke seluruh pelosok Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse GamingKedah
ShareTweetSend
Previous Post

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!
Berita

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

June 18, 2025
Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!
Berita

Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!

June 18, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd