Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Iklan Game One Punch Man Terlampau “Cringe”, Ramai Peminat Kecam!

Maira by Maira
September 27, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Iklan Game One Punch Man Terlampau “Cringe”, Ramai Peminat Kecam!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau buka Youtube atau skrol media sosial, mesti akan ada iklan-iklan pelik yang anda mungkin nampak. Lebih-lebih lagi iklan daripada game mobile yang percuma untuk dimainkan. Kadang-kadang agak terhibur menontonnya tetapi ada juga yang agak pelik sehinggakan kita sendiri tidak mahu tontonnya sehingga habis. Itulah yang terjadi dalam iklan game yang memaparkan siri anime terkenal, One Punch Man.

This ad for the new One Punch Man mobile game is terrible😭 pic.twitter.com/Piam8JHOMv

— One Punch Man (@Everything_OPM) September 25, 2022

Dalam iklan game tersebut, kita melihat “Saitama” yang masuk ke dalam sebuah kedai makan. Selepas itu dia disapa oleh seorang lelaki yang bertanyakan soalan kepadanya. Selepas itu, datang pula seorang peminat yang mengenali Saitama sebagai “One Punch Man” daripada sebuah game mobile. Boleh pula tiba-tiba Saitama mulakan “rap” dengan kumpulan yang keluar entah dari mana yang mengulangi perkataan “One Punch Man”.

Kalau anda ingin tahu, iklan tersebut merupakan iklan untuk game ONE PUNCH MAN: The Strongest. Tetapi peminat siri nampaknya tidak menggemarinya kerana kelihatan agak “cringe”. Kalau satu sahaja iklan yang sebegitu, mungkin ramai yang tidak kisah. Ada lagi iklan lain yang mempunyai tahap “cringe” yang sama. Sampai ada yang fikir iklan tersebut bukan iklan rasmi untuk game tersebut. Sabar sahajalah.

Untuk pengetahuan anda, game yang diperkatakan merupakan game turn-based RPG yang dilancarkan untuk iOS dan Android secara percuma. Anda akan mengikuti penceritaan yang sama dalam siri anime. Misi anda kini adalah untuk melindungi penduduk bandar yang memerlukan bantuan. Seperti biasa, game ini mempunyai sistem gacha untuk anda gunakan watak hero yang diinginkan. Anda boleh lawati kedai aplikasi masing-masing untuk muat turun ONE PUNCH MAN: The Strongest.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Punch Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: iklan gameOne Punch ManONE PUNCH MAN: The Strongest
Previous Post

“Save who you can save” HBO keluarkan trailer pertama The Last of Us

Next Post

DualSense God of War Ragnarok akan mula dijual 9 November 2022, bernilai RM369!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DualSense God of War Ragnarok akan mula dijual 9 November 2022, bernilai RM369!

DualSense God of War Ragnarok akan mula dijual 9 November 2022, bernilai RM369!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd