Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG adalah satu permainan yang sangat popular, terutamanya di India. Dengan perkembangan telefon pintar dan data mudah alih yang berpatutan, kini hampir setiap penduduk di negara itu mempunyai telefon pintar tersendiri. PUBG pula mempunyai satu versi untuk telefon yang dipanggil PUBG Mobile. Sejak wujudnya versi itu, ia telah menjadi satu ketagihan yang ketara dalam kalangan pemain sehingga pihak berkuasa telah mengharamkan permainan tersebut kerana takut ia dapat mengubah kanak-kanak menjadi psychopath atau sakit jiwa.
PUBG Accused of Turning Kids Into Psychopaths https://t.co/psxw7wcua7 #Android #IOS #Microsoft #Mobile #PC #PlayerUnknownsBattlegrounds #PS4 #Tencent #XboxOne
— Game Rant (@GameRant) March 28, 2019
PUBG di India
Menurut salah satu akhbar Hindi di India yang terkemuka, Navbharat Times berkata, PUBG di India adalah “wabak” yang menjadikan kanak-kanak “manorogi,” atau sakit jiwa. Penerbitan itu mengatakan bahawa permainan itu mempunyai “akibat berbahaya” dan banyak kanak-kanak telah “kehilangan keseimbangan mental mereka.” Malah, ramai ibu bapa yang mennyalahkan game ini untuk kes buli, mencuri dan juga kelalaian yang menjejaskan prestasi anak-anak mereka. Ini bukanlah kali pertama PUBG mempunyai kes sebegini, beberapa minggu yang lalu, 10 orang ditangkap kerana bermain game ini di tempat awam!
Patutkan PUBG kena ban?
Tak kisahlah sama ada GTA atau PUBG dijadikan sasaran, adalah penting untuk diingatkan bahawa semua ini hanyalah satu permainan. Sebagai pemain, kita perlu meletakkan limit supaya ianya tidak sampai memudaratkan diri dan mengabaikan kesihatan. Tambahan pula, industri permainan ini akan terus berkembang setiap tahun, bererti lebih ramai orang akan bermain berbanding sebelum-sebelumnya. Adakah ini bermaksud lebih banyak peluang untuk orang jadi “ketagih”? Jawapannya terletak kepada pengurusan masa dan kawalan diri yang baik. Pendek cerita, jangan salahkan game apabila diri sendiri tidak dapat mengawal nafsu!
Sumber: Game Rant
@gamersantaimy
Discussion about this post