Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Huawei P50 Pocket diumumkan! Skrin boleh lipat dengan paparan 6.9″120Hz !

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2021
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Huawei P50 Pocket diumumkan! Skrin boleh lipat dengan paparan 6.9″120Hz !
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Huawei mengumumkan pelbagai jenis produk tetapi tidak boleh dinafikan bahawa sorotan utama adalah pelancaran smartphone P50 Pocket. Smartphone ini membawa beberapa ciri unik seperti skrin lipat, refresh rate yang tinggi, chipset yang canggih dan banyak lagi.

Dari reka bentuk, Huawei P50 Pocket mempunyai “multi-dimensional hinge” yang membantu smartphone ini untuk “dilipat” dengan lancar dan tanpa masalah. Dengan ketebalan sekitar 15mm apabila dilipat, 7.2mm tebal apabila lurus, dan berat sebanyak 190 gram, memangnya dalam tangan tidak akan menjadi masalah.

Selain itu, ia menampilkan paparan AMOLED boleh lipat FHD+ 6.9″ dengan nisbah 21:9 dan resolusi 2790 x 1188p. Panel dalam juga boleh dilipat dan mempunyai refresh rate setinggi 120Hz, kadar “touch sampling” 300Hz, gamut warna DCI-P3 dan sokongan HDR.

Ciri paling menonjol untuk Huawei P50 Pocket ialah reka bentuk “double ring” pada panel luar. Satu “bulatan” mempunyai “smart cover screen” manakala satu lagi bulatan mempunyai setup triple-camera. Smart cover ini juga dapat memaparkan notifikasi panggilan/mesej, kemas kini kalendar, sistem kawalan mudah untuk muzik dan lain-lain. Smart cover display mempunyai refresh rate setinggi 60Hz dan resolusi 340 x 340p.

Ke bahagian kamera, smartphone ini mempunyai kamera utama True-Chroma 40MP, lensa ultra lebar 13MP dan kamera Ultra-Spectrum 32MP dengan FOV 120 darjah. Sekarang kita bincang tentang spesifikasi pula di mana P50 Pocket dilengkapi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 888 4G, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 512GB. Bateri pula bersaiz 4,000mAh dan disokong oleh pengecasan pantas 40W. Pilihan sambungan termasuk NFC, Bluetooth 5.2 dan port USB Type-C. Di samping itu, ia menjalankan HarmonyOS 2.

Huawei P50 Pocket dijual pada nilai harga RMB 8988 (anggaran RM 5928)untuk varian 8GB + 256GB. Walau bagaimanapun, varian Premium Gold juga boleh didapati dan dijual pada harga RMB 10988 (anggaran RM 7247) di China.

Malangnya, harga smartphone ini masih belum diumumkan di Malaysia, jadi peminat hanya mampu tunggu buat masa ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web rasmi Huawei atau FB mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HuaweiHuawei P50 PocketSkrin boleh lipatSmartphone
Previous Post

Review The Matrix Resurrections: Pil merah atau pil biru?

Next Post

Review Razer Kraken V3 HyperSense – Rasakan gameplay yang lebih “immersive”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Razer Kraken V3 HyperSense – Rasakan gameplay yang lebih “immersive”

Review Razer Kraken V3 HyperSense - Rasakan gameplay yang lebih "immersive"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd