Pada bulan lepas, HoYoverse mengumumkan bahawa HoYo Fest 2024 akan kembali ke Malaysia sekali lagi pada bulan Ogos tahun ini. Untuk mempersiapkan semua orang, mereka baru-baru ini mendedahkan barisan acara online untuk HoYo FEST 2024, di mana para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis ganjaran in-game dan barangan eksklusif bertemakan HoYo FEST.
Setakat ini, hanya tiga acara sahaja yang diumumkan tetapi semuanya khas untuk Genshin Impact. Berikut adalah butirannya:
Sharing is Caring

- Cara-cara sertai: Cipta imej eksklusif di halaman web HoYo FEST dan kongsikannya pada platform media sosial.
- Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
- Ganjaran: 20,000 Mora
Let’s join HoYo FEST together!

- Cara-cara sertai: Kongsi posting halaman web HoYo FEST sudah online di akaun media sosial rasmi Genshin Impact atau HoYoLAB.
- Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
- Ganjaran: 160 Primogem (untuk 500 pemenang sahaja)
Lights, Camera, Action!?

- Cara-cara sertai: Jemput Traveler lain untuk mengambil gambar bersama dalam game, dan muat naik di bahagian komen di posting media sosial rasmi Genshin Impact.
- Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
- Ganjaran: Barangan HoYo FEST eksklusif Genshin Impact (untuk 220 pemenang sahaja, watak yang diberi adalah rawak)
Kontroversi
Malangnya, acara ini menimbulkan kontroversi kerana ganjarannya dianggap tidak berbaloi, sedikit, kedekut dan sebagainya oleh para peminat. Malah apabila dibandingkan dengan game lain, ramai yang setuju Honkai: Star lebih pemurah hati daripada segi hadiah dan ganjaran. Berikut adalah beberapa komen daripada netizen:



Memandangkan acara-acara online HoYo FEST 2024 di atas dikhususkan untuk Genshin Impact, kemungkinan besar HoYoverse akan menambah lagi banyak acara online baharu untuk game mereka yang lain seperti Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero, dan lain-lain. Cuma, kami berharap ganjaran yang diberi lebih banyak daripada sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post