Selepas mengumumkan HoYo FEST 2024 pada bulan bulan lepas, semalam HoYoverse secara rasmi mendedahkan tarikh permulaan acara dan lokasi tepat. Kini, kami akhirnya tahu HoYo FEST 2024 akan berlangsung bermula 13 Ogos di Pavilion Bukit Jalil!
Diumumkan pada media sosial mereka, berikut adalah butiran lengkap:
- Malaysia
- Tarikh: 13 Ogos ~ 19 Ogos (10:00 – 22:00 setiap hari)
- Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Level 2, Kuala Lumpur, Malaysia
Memandangkan berbaki sebulan lagi sebelum Ogos, lebih banyak maklumat pasti akan didedahkan dalam masa terdekat.

Menampilkan pelbagai aktiviti dan acara besar, tidak kira secara fizikal atau digital, peminat game HoYoverse boleh berkumpul sekali lagi untuk meraikan game kegemaran mereka semasa HoYo FEST.
Bermula sebagai konsep kafe, HoYo FEST tahun lepas mengalami banyak perubahan sehingga menjadi acara besar-besaran yang memaparkan banyak aktiviti. Menampilkan pelbagai booth berdasarkan game buatan mereka seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3rd, Honkai: Star Rail, Tears of Themis, Zenless Zone Zero dan Lumi_N0va – kemungkinan besar mereka akan mengekalkan jenis acara seperti ini untuk tahun 2024 bersama penambahan game aksi terbaru mereka, Zenless Zone Zero.
Selain itu, HoYoverse baru-baru ini mendedahkan barisan acara online untuk HoYo FEST 2024, di mana para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis ganjaran in-game dan barangan eksklusif bertemakan HoYo FEST.
@gamersantaimy
Discussion about this post