Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“HONOR Magic V2” Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Lancar Pada Harga RM6,999!

Maira by Maira
January 16, 2024
in Artikel, Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
“HONOR Magic V2” Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Lancar Pada Harga RM6,999!

Sumber: HONOR

Share on FacebookShare on Twitter

HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan HONOR Magic V2, telefon boleh lipat yang dinanti-nantikan ramai pada harga RM6,999 dengan kapasiti storan 16+512GB. HONOR Magic V2 menetapkan standard baru dalam industri sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia dengan penambahbaikan terhadap bateri, paparan, dan keseluruhan pengalaman pengguna.

Sumber: HONOR

Pre-order Sekarang dan Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM3,247!

Bagi yang berminat, prapesanan HONOR Magic V2 sudah bermula hari ini sehingga 24 Januari 2024 menerusi laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah seperti Maxis, Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Pembeli awal akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM3,247 merangkumi HONOR Choice Cleaner Robot, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.

HONOR menjadi jenama pertama menawarkan perlindungan skrin selama 365 Hari untuk telefon boleh lipat. Perlindungan Skrin HONOR 365 hari meliputi kerosakan skrin dalam dan luar disebabkan terlanggar atau terjatuh.

Sumber: HONOR

Pelan Ansuran Serendah RM291.63 Sebulan

Ingin memiliki HONOR Magic V2? HONOR kini menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan boleh mendapat peranti ini dengan bayaran serendah RM291.63 sebulan. 

Telefon boleh lipat baru ini telah ditambah baik berbanding generasi sebelumnya dan direka khas bagi golongan yang mahukan telefon berprestasi tinggi dengan teknologi tercanggih dan ciri privasi yang dipertingkatkan. Berikut adalah beberapa kelebihan HONOR Magic V2.

1. Paling nipis dan ringan 

HONOR Magic V2 mencabar norma industri dengan menampilkan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan. Jika sebelum ini, telefon boleh lipat eksklusif untuk kelompok pengguna tertentu, namun kini ia diubah kepada peranti flagship agar mudah dimiliki semua individu. HONOR Magic V2 peranti pertama untuk mencapai ukuran di bawah 1 sentimeter iaitu hanya 9.9mm apabila dilipat, manakala berat cuma 231 gram.

Sumber: Gamer Santai

2. Engsel Kukuh dan Sangat Ringan

Bagi mencapai reka bentuk yang sangat ringan, HONOR menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel dan kaca nanohablur generasi kedua untuk bertahan lama. Engsel HONOR

Magic V2 dapat menahan lebih 400,000 lipatan, manakala kaca nanohablur mempunyai rintangan jatuh 10 kali ganda berbanding kaca standard biasa. 

Sumber: Gamer Santai

Selain itu, engsel tersebut dibina menggunakan struktur gear sifar yang unik bagi memudahkan pengguna menonton video dan menangkap gambar tanpa menggunakan tangan. Ciri tersebut dipanggil ‘hover’ dan amat membantu apabila mengambil gambar berkumpulan, swafoto dan gambar aksi. 

3. Bateri Karbon Silikon Ultranipis 5000mAh Dalam Badan yang Ringan

Paling penting, HONOR Magic V2 menawarkan jangka hayat bateri lama. Bateri karbon silikon 5000mAh disokong HONOR SuperCharge 66W untuk pengecasan pantas dalam tempoh beberapa minit. 

Menariknya, HONOR adalah perintis menggunakan bateri karbon silikon ultranipis dalam telefon boleh lipat. Bateri seperti ini kali pertama digunakan dalam kenderaan elektrik seperti Tesla.

4. Telefon Boleh Lipat Pertama Dilengkapi Teknologi Pemalapan PWM 3840 

Untuk keselesaan mata pengguna, paparan luar dan dalam HONOR Magic V2 dilengkapi kadar penyegaran tinggi 120Hz dan teknologi Pemalapan PWM 3840, paling tinggi dalam industri untuk pengalaman melayari dan hiburan lancar.

Paparan dalam besar 7.92 memberi rasa seolah menggunakan tablet, memberi fungsi dua dalam satu, sesuai untuk ahli perniagaan atau individu yang sentiasa perlu melakukan beberapa tugas berbeza dalam satu masa. Ia menyokong HDR 10+, gamut warna 100% DCI-P3 dan 1.07 bilion warna untuk menghasilkan visual dengan warna sebenar.

Sumber: Gamer Santai

5. Keupayaan Kamera Dinaik Taraf untuk Fotografi Terbaik

Dari segi fotografi, HONOR Magic V2 dilengkapi tiga persediaan kamera belakang terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultralebar 50MP dan Kamera Telefoto 20MP, manakala dua kamera hadapan adalah 16MP. 

Sementara itu, HONOR mempertingkatkan ciri AI Recognition bagi menambah baik pengecaman imej untuk pengalaman fotografi yang lebih lancar dan pintar. Penambah baik ini juga termasuk ciri HONOR Motion Sensing Capture yang berfungsi untuk menangkap pergerakan.  

Sumber: Gamer Santai

6. Cipset Keselamatan Diskret dan Panggilan Privasi AI yang Dipertingkatkan 

Privasi data pengguna kini lebih terjamin dengan adanya Chipset Keselamatan Diskret yang menyimpan kata laluan, biometrik dan data pengecaman muka dengan cekap. Fungsi ini melindungi maklumat sensitif pengguna daripada diketahui pihak lain.

Seterusnya, Panggilan Privasi AI 2.0 berupaya menghalang orang sekeliling daripada mendengar perbualan dalam telefon pengguna dengan melaraskan bunyi panggilan mengikut keadaan persekitaran sama ada di kawasan sesak atau sunyi seperti di dalam lif.

Sumber: Gamer Santai

7. Tingkatkan Produktiviti dengan Berbilang Tugas 

Pengguna boleh melakukan pelbagai perkara serentak dengan ciri berbilang tugas seperti bermain game mobile, menstrim, menyiapkan tugasan atau melayari media sosial. Sehingga 4 tetingkap berbilang boleh dibuka pada satu masa dengan skrin pisah dalam mod menegak atau melintang. Sebagai tambahan, skrin pisah memberikan pengalaman gaming dwi skrin yang unik.

Dalam pada itu, HONOR Magic V2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan menjalankan dalam operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13 untuk prestasi lancar. 

Sumber: Gamer Santai

HONOR Magic V2 didatangi dalam tiga warna premium iaitu Black, Purple dan Black (PU). Telefon boleh lipat ini boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai 25 Januari ini. Jika anda enggan tunggu lama, dapatkan HONOR Magic V2 menerusi prapesanan sekarang!

Kalau anda ingin tahu, HONOR turut mengacah reka bentuk berlainan yang bernama “Porsche Design HONOR Magic V2 RSR”. Diinspirasikan daripada Porsche, ia kelihatan sangat kemas dan premium. Buat masa ini tiada tarikh serta harga untuk telefon tersebut yang diumumkan. Jadi nantikan sahaja berita lanjut daripada HONOR pada masa akan datang. Jom kami kongsikan sedikit teaser untuk telefon tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar Pilihan Terbaik Era Baru ini, layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonorHONOR Magic V2
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload Preview — Memberikan Pengalaman Autentik Siri Dengan Pelbagai Ciri Baharu!

Next Post

The Last of Us Part II Remastered Review (PS5)- No Return Yang Menyeronokkan, Kekal Terbaik Pada PS5!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
The Last of Us Part II Remastered Review (PS5)- No Return Yang Menyeronokkan, Kekal Terbaik Pada PS5!

The Last of Us Part II Remastered Review (PS5)- No Return Yang Menyeronokkan, Kekal Terbaik Pada PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd