Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa Versi 3.3 untuk Honkai: Star Rail, bertajuk “The Fall at Dawn’s Rise,” akan dilancarkan pada 21 Mei ini. Kemas kini ini bakal membawa babak cerita baharu, watak-watak baru, serta pelbagai acara menarik ke dalam RPG fiksyen sains popular tersebut.

Menyambung jalan cerita dari Versi 3.2, di mana Chrysos Heirs berjaya menuntut kembali Coreflame “Death” dan “Reason,” pemain kini akan berganding bahu bersama Trailblazers dan Chrysos Heirs dalam pertempuran akhir dalam Flame-Chase Journey.

Antagonis utama kali ini ialah Sky Titan — makhluk purba yang digambarkan sebagai Aquila, burung gergasi bermata seratus yang mengawal kitaran subuh dan senja, dengan langit sebagai kelopak matanya.

Bersama konfrontasi epik ini, cabaran baharu bernama Echo of War: Glance of Twilight turut diperkenalkan, menawarkan ujian baru dan ganjaran lumayan kepada pemain.

Kredit: HoYoverse

Dalam masa yang sama, kemas kini ini akan mendalami lagi misteri dunia Amphoreus. Ketika penduduk dunia itu berusaha mengejar Era Nova yang misteri, pasukan genius galaksi yang diketuai oleh roh data Madam Herta akan membongkar asal-usul tragedi yang melanda Amphoreus.

Selepas sampai ke Vortex of Genesis dalam Versi 3.2, penyiasatan ini akan membuka rahsia penting yang menghubungkan Amphoreus dengan galaksi yang lebih luas, memberi peluang kepada pemain untuk menerokai kisah yang lebih mendalam.

Kredit: HoYoverse

Honkai: Star Rail Versi 3.3 juga memperkenalkan dua watak baharu bertaraf 5-star. Hyacine, ketua pegawai perubatan di Twilight Courtyard, adalah watak elemen Wind yang mengikut Path of Remembrance. Dikenali kerana dedikasinya dalam bidang perubatan, Hyacine mampu memulihkan HP seluruh pasukan dan meningkatkan daya ketahanan.

Dengan bantuan sekutunya, Little Ica, dia menyediakan penyembuhan berterusan; manakala Ultimate-nya bukan sahaja memulihkan, tetapi turut meningkatkan Max HP sekutu.

Menariknya, Little Ica juga sanggup mengorbankan HP dirinya untuk menyembuhkan rakan sepasukan apabila mereka diserang atau kehilangan HP, sambil memberikan damage tambahan kepada musuh berdasarkan jumlah penyembuhan yang dilakukan.

Kredit: HoYoverse

Watak 5-star kedua ialah Cipher, pengguna elemen Quantum yang mengikut Path of Nihility, dan salah seorang ahli awal Chrysos Heirs. Sebagai pewaris kuasa Trickery, Cipher memiliki kebolehan yang luar biasa. Dia menandakan musuh yang mempunyai Max HP tertinggi, merekod semua damage yang diterima oleh sasaran tersebut.

Cipher boleh menukar sasaran semasa pertarungan, serta melakukan follow-up attack apabila sekutu menyerang musuh yang telah ditandakan. Ultimate-nya pula akan melepaskan serangan True DMG tambahan berdasarkan damage terkumpul yang telah direkodkan.

Kredit: HoYoverse

Selain dua watak baru ini, dua watak terhad bertaraf 5-star iaitu The Herta dan Aglaea juga akan kembali menerusi dua fasa berbeza dalam warp event, memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan sekutu kuat bagi memperkukuhkan pasukan mereka.

Kredit: HoYoverse

Bukan itu sahaja, Versi 3.3 turut memperkenalkan beberapa acara baharu yang menarik. Penacony Speed Cup Spheroid Racing Tournament mengajak pemain bersaing dalam perlumbaan menggunakan Spheroid Racers mereka.

Sementara itu, Legend of the Galactic Baseballer: Demon King turut dilancarkan secara rasmi. Berdasarkan maklum balas daripada fasa beta, acara ini mengekalkan konsep asalnya sambil memperkenalkan elemen gameplay baharu untuk memberi pengalaman medan pertempuran yang lebih segar.

Kredit: HoYoverse

Honkai: Star Rail kini boleh dimainkan di PlayStation 5, PC melalui client download dan Epic Games Store, serta di iOS dan Android melalui App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honkai: Star Rail Versi 3.3
ShareTweetSend
Previous Post

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd