Melalui akaun Twitter Honkai: Star Rail, mereka telah mengumumkan sebuah program beta tester jangka panjang dan menjemput pemain untuk menyertainya.
Galaxy Explorer Program ialah program pengambilan beta tester jangka panjang. Mengikut objektif ujian versi berbeza, pemain yang telah mendaftar untuk Program Galaxy Explorer akan dipilih secara berkelompok untuk mengambil bahagian dalam versi ujian beta sulit berskala kecil. Perlu diingatkan bahawa Galaxy Explorer Program adalah berbeza daripada ujian beta tertutup yang akan datang.

Memandangkan ini adalah program jangka panjang, pendaftaran kini dibuka tanpa tarikh tamat dijadualkan. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin mengambil bahagian dalam ujian beta sulit berskala kecil yang akan berlaku tidak lama lagi, anda perlu mendaftar sebelum 10 pagi UTC+8, 14 Mac 2022. Pengumuman baharu akan dibuat sekiranya terdapat tarikh tamat pada masa hadapan. Jadi, kalau anda berminat untuk menyertainya, boleh klik pada pautan ini untuk mendaftar.
Trailblazer yang dipilih untuk Galaxy Explorer Program akan dikehendaki menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengujian. Program ini memberi peluang kepada Trailblazer untuk mengambil bahagian dalam versi ujian beta sulit berskala kecil. Memandangkan kandungan beta masih dalam pembangunan, semua peserta perlu merahsiakan kandungan beta sepenuhnya, yang bermaksud bahawa semua peserta tidak boleh membocorkan mana-mana kandungan dalam sebarang bentuk seperti tangkapan skrin, livestream, video dan sebagainya.

Jika anda ditangkap membocorkan kandungan, kelayakan anda akan terbatal untuk semua ujian beta seterusnya malah akan diberikan tindakan undang-undang mengikut perjanjian yang telah ditandatangan peserta.
Apapun, semoga Trailblazer yang dipilih menyertai program ini melakukan kerja yang baik dan berseronok. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Honkai: Star Rail, sila klik pautan ini.
Sumber: Hoyolab
@gamersantaimy
Discussion about this post