Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!

Maira by Maira
January 14, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, PC, PS4, PS5, Single Player, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!
Share on FacebookShare on Twitter

IO Interactive telah mengumumkan bahawa Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Bukan setakat itu sahaja, koleksi ini juga akan tersedia di Xbox Game Pass. Koleksi trilogi ini dilancarkan dengan sempena tahun kedua pelancaran Hitman 3.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, Hitman 3 yang hadir ke Steam akan mempunyai sokongan pada VR dan juga datang dengan beberapa penambahbaikan teknikal seperti ray-tracing. Untuk achievement dan trading card pula, ia masih lagi dalam pembikinan tetapi sesiapa yang membeli Hitman 3 pada mana-mana platform boleh merebut bonus pra-pesan Trinity Pack original selama 30 hari.

Kandungan baru yang akan datang ke Hitman 3 juga diumumkan. Antaranya ialah penambahan Freelancer dan mod Elusive Target Arcade. Freelancer yang ditambah merupakan kandungan baru dalam francais ini. Gameplaynya seperti roguelike dengan penyesuaian safehouse dan misi yang telah diolah semula. Selain itu, hanya peralatan yang dibawa balik ke safehouse selepas misi akan disimpan, tidak sama seperti campaign normal.

Elusive Target Arcade pula mod game serba baru yang membawa konsep Elusive Target ke peringat seterusnya. Ia menggabungkan formula dan memperkenalkan cabaran baru dan membuka ganjaran yang lebih besar. Semua ini dibangunkan sambil mengekalkan intipati Elusive Target yang menarik dan mantap untuk dimainkan. Elusive Target Arcade akan datang pada 20 Januari manakala Freelancer ditetapkan untuk Musim Bunga 2022.

RelatedPosts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

Selain daripada itu, akan ada peta baru yang akan ditambah. Peta itu diberikan nama sebagai “Rocky”. Maklumat lanjut mengenainya masih belum didedahkan. Agaknya apalah yang akan menanti Agent 47 di Rocky nanti?

Jadi, jika anda masih belum mencuba atau ingin bermain game Hitman, bolehlah anda membeli koleksi trilogi ini. Kalau anda ada langganan Xbox Game Pass, anda boleh terus bermainnya apabila game ini tersedia nanti. Untuk mendapatkan liputan lanjut mengenai game, sila klik pautan ini.

Sumber: IO Interactive

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HitmanHitman Trilogy CollectionIO Interactive
Previous Post

Sony terus membuat PS4, tapi produksi Xbox One sebenarnya ditamatkan sejak 2020

Next Post

Untuk mobile, game RPG shooter Avatar: Reckoning oleh Tencent akan keluar pada 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Untuk mobile, game RPG shooter Avatar: Reckoning oleh Tencent akan keluar pada 2022!

Untuk mobile, game RPG shooter Avatar: Reckoning oleh Tencent akan keluar pada 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd