Satu lagi game assassin kesukaan ramai, Hitman akan hadir ke platform mobile dan Nintendo. Diumumkan oleh Feral Interactive bahawa Hitman: Blood Money Reprisal akan dilancarkan ke Nintendo Switch, iOS dan Android. Untuk pengetahuan anda, pelancaran game ini ke platform tersebut bersempena ulang tahun ke-25 IO Interactive, pembangun francais Hitman. Ia dijangka lancar pada musim sejuk ini (anggaran Disember – Februari).
Kalau anda ingin tahu, Hitman: Blood Money telah pun dilancarkan buat kali pertama pada 2006 untuk PS2, Xbox, Xbox 360 dan PC. Ia merupakan entri keempat untuk siri malah sekuel kepada Hitman: Contracts. Game ini juga telah mendapat versi HD pada 2013 untuk PS3 dan Xbox 360 dan kemas kini 4K untuk PS4 serta Xbox One.
Untuk versi Blood Money yang baharu ini, ia akan ada ciri-ciri baharu yang ditambahkan. Sebagai contoh, minimap, Instinct Mode, dan beberapa penambahbaikan daripada game terbaru francais. Hitman: Blood Money Reprisal akan mempunyai 12 misi yang menghantar pemain ke pelbagai lokasi. Agent 47 akan mengembara ke beberapa tempat seperti Paris dan New Orleans untuk menyelesaikan misi yang diterimanya. Setiap misi akan memberikan pengalaman sandbox menarik sambil mereka menjalankan misi.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi mengenai pelancaran Hitman: Blood Money – Reprisal, jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Feral Interactive. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Hitman daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post