Hari ini, ada satu game menarik oleh Shinji Mikami, yang terkenal dengan game Resident Evil dan The Evil Within telah tersedia untuk dimainkan. Dibangunkan oleh studio miliknya, Tango Gameworks, Hi-Fi Rush sebuah game rhythm aksi kini boleh dimainkan di PC melalui Steam, Epic Games, Xbox Series X|S dan Xbox Game Pass!
Dalam Hi-Fi Rush, rentak adalah segalanya. Dunia game itu bergantung kepada rentak bunyi. Setiap serangan, pergerakan akan mengikut rentak yang sama dengan muzik yang dimainkan.

Anda sebagai Chai, seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi rockstar telah menerima terlibat dengan project Armstrong. Tangan kanannya akan ditukar dengan tangan robotik tetapi sesuatu telah berlaku semasa prosedur tersebut. Kini dilabel sebagai “rosak” syarikat di sebalik projek tersebut ingin menghentikannya.

Dengan skuad robot sedang memburunya, Chai perlu melindungi dirinya dengan bantuan rentak dan rakan-rakan lain yang ingin menjatuhkan syarikat itu.
Ciri-ciri penting Hi-Fi Rush
- Gameplay sentiasa sync – Elemen dalam duni Hi-Fi Rush sentiasa sync dengan soundtrack game. Jadi serangan akan mengikut rentak muzik. Sebagai game rhythm aksi, pergerakan pemain tidak terikat kepada rhythm seperti game rhythm yang lain. Pemain bebas untuk melakukan aksi hebat sambil menyerang mengikut muzik.
- Watak dengan pelbagai personaliti – Game ini mempunyai pelbagai watak yang mempunyai personaliti unik dan kebolehan tersendiri.

- Muzik yang hebat – Hi-Fi Rush mempersembahkan barisan muzik yang bertenaga dan catchy daripada artis-artis terkenal. Terdapat muzik original serta muzik berlesen yang akan menemani pemain sepanjang game.
- Visual yang dinamik – Tampil dengan gaya efek komik, visual dalam game ini sangat cerah dan menawan. Jangan risau tentang prestasi kerana grafik kad pemain tidak akan terbeban dengannya.
- Mode Streamer – Kalau anda seorang streamer, anda boleh hidupkan mode ini semasa stream game ini. Dengan ini, ada kemungkinan yang rendah video anda tidak akan disenyapkan mahupun kena copyright claim.

Terdapat dua versi Hi-Fi Rush yang anda boleh dapatkan, iaitu versi standard dan versi Deluxe Edition. Berikut adalah kandungan tambahan yang boleh didapatkan melalui Deluxe Edition;
- Salinan game H-Fi Rush
- 2 pakaian Chai
- 7 T-shirt Chai
- Skin Gitar 808
- Skin Alternate 808
- Gear Starter Pack (20000 Gear – untuk buka skill combat dan upgrade lain)
Untuk mendapatkan liputan menarik lain mengenai game, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post