Setelah hampir tiga tahun Hydra menjadi operasi didalam Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), kini operasi terbaru yang digembar gemburkan telah dikeluarkan hari ini oleh Valve dan bertajuk Operation Shattered Web, membawa kulit baru, peta, misi, dan perubahan keseimbangan utama kepada permainan.
Operation Shattered Web hadir secara tiba-tiba dua hari lalu iaitu 18 November kepada semua pemain diseluruh dunia, membawa pelbagai kandungan yang dapat dimainkan baru kepada CS: GO untuk kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun. Operasi ini akan ada misi mingguan, dimana dapat diselesaikan dimana-mana mod matchmaking dalam permainan, dan pemain bakal mendapat pelbagai ganjaran dalam permainan bersama set terbaru!
Juga terdapat misi Guardian Strike dimana pemain perlu berpasangan dengan teman dan mempertahankan dunia dari Ts dalam mencabar kempen koperasi terbaru. Main melalui misi ini dengan cara anda sendiri dan dapatkan Guardian XP ke arah Operation Stars dan Operation Weapon Drops. Jadi selesaikan kesemua misi ini, kemudian upgrade Shatterd Web Coin anda dari Bronze ke Diamond.
Belum terhenti disitu, inilah peluang anda untuk membuka kunci watak-watak baru! Operator CT terbaru dan T Agent kini hadir sebagai ganjaran dalam kemajuan misi. Selesaikan misi dan dapatkan bintang untuk mendapatkan watak-watak ini dan guna mereka untuk kegunaan. Atau melengkapkan Ejen Tempatan atau Pengendali tempatan menggunakan aksara berasaskan peta yang sedia ada.
Dah mencapai kemenangan? Nak bergaya lepas perlawanan? Gunakan gaya-gaya ini selepas kemenangan anda!
Ada lagi! Pelbagai koleksi senjata dan pisau terbaru untuk pemain miliki juga! Ganjaran-ganjaran ini anda boleh dapatkan di Norse, St. Marc, Canals dan Shattered Web. Manakala nak dapatkan pisau baru pula, hanya buka Shattered Web Case dan anda berpeluang mendapat salah satu dari empat pisau ini: the Paracord handled field knife, the Survival, the Nomad dan the Skeleton knife. Okay jom lihat galeri dibawah untuk beberapa senjata terbaru ini;
Banyak lagi lah pilihan senjata untuk anda dapatkan! Kumpulkan semua pelekat Web Shattered yang direka oleh artis masyarakat daniDem, yang juga tersedia dalam ganjaran Operation Web Shattered.
Jadi apa tunggu lagi? Mainlah sekarang Operation Shattered Webs dan dapatkan pelbagai ganjaran dalam permainan yang memuaskan! Untuk maklumat selanjutnya dan pelbagai lagi ganjaran lain anda boleh terus ke laman web Valve CS:GO.
Sumber: Dexerto

@gamersantaimy
Discussion about this post