Sebelum ini di Overwatch Contenders Season 2 yang telah memberi kemas ini mengenai esports mereka dan Activision Blizzard ingin memberikan pengalamanan yang unik pada pemain Pasifik Overwatch. Kini, secara rasmi Activision Blizzard Esports bergabung dengan AKG Games membawa Overwatch ACE 2020 Championship, dimana dibuka khas kepada pemain dari Asia Tenggara, Hong Kong, India, Japan, Macau dan Taiwan.
Overwatch ACE 2020 Championship, sebuah kejohanan untuk profil pasukan Overwatch yang baru dari Asia melakukan debutnya pada 22 Ogos (GMT + 8) serta komitmen dari Blizzard untuk meningkatkan komuniti esports Overwatch di wilayah Pasifik. Tiga pasukan dari Overwatch Contenders Pacific Season 1 akan diundang untuk bermain sebagai pilihan peringkat kumpulan, termasuk A-BANG dari Taiwan (sebelumnya dikenali sebagai Lord of Dragon Esports), Far East Society dari Singapura dan pasukan Jepun FortuNa (sebelumnya dikenal sebagai D81 FortuNa ), untuk bertarung dengan pasukan pendatang baru yang maju dari Qualifier untuk kejayaan dan hadiah terkumpul bernilai AS $ 100,000 (anggaran RM422ribu) dalam kejohanan sulung ini. Ingin mempamerkan kemahiran terbaik anda? Jadi jangan lepaskan peluang dan daftar melalui butang klik dibawah sebelum 17 Ogos ini!
The Qualifier pada 22 Ogos berada dalam format penyingkiran tunggal di mana 5 pasukan teratas akan mara ke Regular Season dan untuk bersaing dengan 3 pasukan pilihan. Sorotan dari Qualifiers dan Regular Season akan disediakan dalam talian. Playoffs Overwatch ACE akan menampilkan empat pasukan terbaik dari Regular Season dan akan disiarkan pada 3 dan 4. Oktober. Jangan terlepas siaran langsung di Saluran Inggeris, saluran Mandarin dan saluran Thailand!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Overwatch ACE 2020 Championship, jangan lupa untuk terus layari laman web rasmi Blizzard Esports Blog.

@gamersantaimy
Discussion about this post