Dibangunkan oleh Duoyi Games dan diterbitkan oleh 505 Games, Gunfire Reborn – sebuah game co-op FPS roguelite akan dilancarkan di PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 1 Jun 2023.
Secara ringkas, Gunfire Reborn ialah game pengembaraan berasaskan ‘level’ yang menampilkan first-person shooter, roguelite dan RPG. Pemain boleh mengawal enam hero yang direka berdasarkan haiwan unik — masing-masing dengan kebolehan berbeza—semasa mereka mengembara melalui level rawak dan memperoleh senjata yang dijatuhkan secara rawak.

Setiap level juga adalah rawak; jadi setiap ‘playthrough’ boleh memberi pengalaman baharu di mana anda akan bertemu dengan hero berbeza. mengutip senjata baharu, item baharu, berhenti di checkpoint berlainan dan mengalami situasi pertempuran unik merentasi pelbagai level di dalam permainan.
Seperti saya kata tadi, anda boleh bermain secara solo atau secara co-op sehingga 2 hingga 4 pemain di mana masing-masing boleh akan memilih daripada enam hero haiwan bergaya. Amat disarankan untuk anda mencuba semua bagi mencari playstyle yang selesa.

Ringkasan ciri-ciri menarik:
- Gameplay gabungan first-person shooter, roguelite dan RPG. Bina ‘build’ (setup senjata dan abiliti) yang berbeza setiap kali anda mati untuk pengalaman unik.
- Pengalaman ‘level’ yang terperinci, namun rawak.
- Lebih 100 item dan senjata berbeza .
- Banyak hero dan pelbagai mekanisme permainan yang berlainan.
- Gaya seni yang unik.
- Pengembaraan kooperatif berasaskan level.

Gunfire Reborn boleh didapati pada 1 Jun di PlayStation 4 dan PlayStation 5 melalui PlayStation Store pada nilai harga RM80. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Gunfire Reborn.
@gamersantaimy
Discussion about this post