Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Gundam: Requiem for Vengeance’ Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
‘Gundam: Requiem for Vengeance’ Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Oktober ini, Netflix bersedia untuk membawa peminat Gundam ke sisi dunia lebih gelap, dengan anime baharu Gundam: Requiem for Vengeance – yang akan mula ditayangkan pada 17 Oktober, hanya di Netflix.

Sempena itu, mereka turut memuat naik trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

“Gundam: Requiem for Vengeance” ialah anime original serba baharu yang terdiri daripada enam episod (30 minit); yang memfokuskan pada European Front semasa One Year War, iaitu latar belakang kepada siri Gundam pertama, “Mobile Suit Gundam.”

Kredit: Netflix

“Berlatarkan Universal Century 0079, kisah bermula apabila Principality of Zeon mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Earth Federation, lantas mencetuskan perang. Pada peringkat awal, pasukan Zeon mendapat kelebihan dengan senjata baharu mereka yang berkuasa, mobile suit. Walau bagaimanapun, ketidakupayaan mereka untuk menakluk Bumi sepenuhnya membawa kepada perang yang berpanjangan.”

“11 bulan selepas perang, pihak Federation Forces menawan pangkalan di Eropah Timur yang diduduki Zeon. Sebagai respon, batalion Zeon dihantar untuk mengambil semula pangkalan itu. Antara ahlinya ialah Solari dan Red Wolf Squadron miliknya, pasukan mobile suit yang baru tiba dari angkasa. Pihak manakah yang akhirnya akan muncul sebagai pemenang?”

Kredit: Netflix

Dihasilkan dengan kerjasama SAFEHOUSE, siri ini ditulis oleh Gavin Hignight, yang menulis siri animasi “Tekken: Bloodline” dan “Transformers: Cyberverse,” serta game “Marvel’s Spider-Man,” dan diarahkan oleh Erasmus Brosdau , yang juga pernah mengerjakan siri animasi “Resident Evil: Infinite Darkness” dan game “Star Citizen,” “Ryse: Son of Rome” dan siri “Crysis”.

Kredit: Netflix

Biasanya, francais Gundam dibuat dalam bentuk animasi 2D tetapi Requiem For Vengeance mencuba sesuatu yang baharu dengan mencipta anime yang dibuat sepenuhnya dalam “Unreal Engine”, sebuah game engine. Oleh itu, animasi adalah sepenuhnya 3D, dan lebih ke unsur realisme dan menyerupai adegan daripada game.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam: Requiem for Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

‘PlayStation China Hero Project’ Umum Tiga Game Baharu – Unending Dawn Nampak Berpotensi!

Next Post

Anime ‘Rooster Fighter’ Diumumkan – Ayam Menyelamatkan Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime ‘Rooster Fighter’ Diumumkan – Ayam Menyelamatkan Dunia!

Anime 'Rooster Fighter' Diumumkan - Ayam Menyelamatkan Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd