Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Guilty Gear: Strive umum Johnny, watak DLC pertama dalam Season 3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Guilty Gear: Strive umum Johnny, watak DLC pertama dalam Season 3!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia dan Arc System Works Co., Ltd. telah mendedahkan isi kandungan Season Pass 3 untuk Guilty Gear -Strive-. Khususnya, kandungan Guilty Gear -Strive- Season 3 akan memperkenalkan empat watak tambahan yang boleh dimainkan, bermula dengan keluaran watak DLC Johnny pada 24 Ogos, serta dua battle stage baharu, dua sistem baharu dan pek warna ketiga.

Sempena itu, anda boleh melihat video trailer rasmi di bawah:

DLC Johnny akan tersedia pada 24 Ogos kepada semua pemain yang membeli Season Pass 3 atau boleh dibeli secara individu.

Merupakan kapten kepada Jellyfish Pirates, Johnny sebenarnya mahir dalam seni pedang Hirofumi Style. Dia seorang penjahat bertaraf dunia tetapi mengamalkan konsep, “Tolong yang lemah dan melemahkan yang kuat,” yang menjadikannya popular di kalangan orang ramai. Daripada segi “kesenangan cara bermain”, dia dinilai ★★★✩✩. Dengan pengenalan Johnny, Guilty Gear -Strive- kini mempunyai 25 watak yang boleh dimainkan setakat ini, termasuk 15 watak sedia ada dan 10 watak DLC tambahan daripada Season 1, Season 2 dan Season 3.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia
Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Season 3 juga akan memasuki fasa baharu dengan sistem gameplay yang semakin berkembang. Ini termasuk dua sistem baharu:

  • Mekanik serangan Wild Assault untuk gerakan rush attack dengan kesan kuat
  • Mekanik pertahanan Deflect Shield yang memberi jarak yang jauh antara anda dan lawan selepas block.
  • Kedua-dua mekanik bersifat high risk/high reward kerana kedua-duanya menggunakan 50% daripada Burst gauge!

Daripada segi kandungan akan datang, berikut adalah rancangan Bandai Namco selain daripada yang saya sebutkan tadi:

  • 2 Battle Stage tambahan – Akan dikeluarkan hujung tahun ini
  • Pek Warna Tambahan #3 – Butiran lanjut akan datang tidak lama lagi
  • Season Pass 3 Purchase Bonus – Membolehkan pemain menggunakan 12 warna tambahan untuk watak (4 watak x 3 warna)
Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Jika belum mencuba game ini lagi, anda boleh mendapatkan Guilty Gear -Strive- Daredevil Edition yang dikeluarkan pada 24 Ogos yang termasuk game penuh, Season Pass 1-3, bunyi dan karya seni digital serta lebih banyak kandungan sempena sambutan Season 3 dan Ulang Tahun Ke-25 Guilty Gear.

Arc System Works juga mengesahkan bahawa Guilty Gear -Strive- kini telah melebihi 2.5 juta pemain di seluruh dunia, untuk mengukuhkan lagi siri GUILTY GEAR sebagai salah satu francais fighting game paling popular di seluruh dunia! Pencapaian itu diraikan melalui karya seni original yang dilukis oleh Shoichi Kitazono, artis 2D daripada pasukan pembangunan Guilty Gear.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Guilty Gear: Strive kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam, serta melalui Xbox Game Pass. Untuk baca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Guilty Gear -Strive-
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Arc System Works
Release Date: 2021-04-06
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Guilty Gear -STRIVE- adalah permainan fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCGuilty Gear: Strive
ShareTweetSend
Previous Post

Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G – nilai hanya RM120!

Next Post

Marvel’s Spider-Man 2 rasmi sokong Bahasa Indonesia untuk pasaran Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Marvel’s Spider-Man 2 rasmi sokong Bahasa Indonesia untuk pasaran Asia Tenggara!

Marvel's Spider-Man 2 rasmi sokong Bahasa Indonesia untuk pasaran Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd