Dikeluarkan pada 25 November 2022, Guardian of the Galaxy Holiday Special sedikit sebanyak akan membantu perkembangan cerita dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU). Walaupun tayangan ini pendek, James Gunn sebagai pengarah dapat memampatkan segala kandungan yang diperlukan termasuk mendedahkan yang Mantis sebenarnya “sister” kepada Star Lord.
Sudah tiba masanya untuk menghiasi galaksi! Lampu, hadiah, pokok, kepingan salji, tongkat gula-gula dan… Kevin Bacon? Dalam The Guardians of the Galaxy Holiday Special, the Guardians, yang sedang dalam misi untuk menjadikan Krismas tidak dapat dilupakan bagi Quill, menuju ke Bumi untuk mencari hadiah yang sempurna.
Sebelum korang teruskan membaca, saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah mengandungi SPOILER!

Sebelum mendedahkan yang Mantis sebenarnya “sister” kepada Star Lord, Kraglin menceritakan yang Peter sebenarnya pernah menyambut Hari Natal bersama Yondu semasa usianya masih kanak-kanak. Namun, hari yang istimewa tersebut telah dirosakkan oleh Yondu.
Selepas mendengar cerita tersebut, Mantis dan Drax ingin menjadikan Hari Natal kali ini adalah yang terbaik dengan hadiah terbaik. Disebabkan Peter (Star Lord) selalu menceritakan tentang seorang artis yang bernama Kevin Bacon sepanjang perjalanan Guardian of the Galaxy, mereka berdua telah turun ke bumi untuk mencari artis tersebut.

Walaupun agak kucar-kacir semasa di bumi, Mantis dan Drax berjaya menangkap Kevin Bacon dan bawanya pulang ke Knowhere. Dengan menghiasi seluruh bandar dengan lampu, hadiah, pokok, dan salji, pasukan Guardian of the Galaxy bersama-sama penduduk Knowhere membuat kejutan kepada Peter dengan sambutan Hari Natal.
Dengan hiasan yang dipenuhi satu bandar, Peter sangat teruja dengan kejutan yang dilakukan oleh pasukannya. Sejurus mengetahui yang hadiahnya ialah Kevin Bacon, dia rasa tidak senang dan menyuruh Mantis untuk membawa artis itu pulang ke bumi.

Namun, Kraglin yang ingin membawa pulang Kevin ke bumi menerangkan bahawa Mantis dan yang lain ingin memberikan hadiah yang terbaik kepada Peter. Selepas mendengar penjelasan tersebut, Kevin Bacon telah membuat keputusan untuk tinggal di Knowhere buat sementara waktu dan mengadakan pesta Hari Natal buat kali pertama di sana.
Semasa pesta diadakan, Guardian telah menukar hadiah sesama mereka dan Mantis menerangkan kepada Peter bahawa semua yang dilakukan adalah untuk Peter rasa gembira selepas Hari Natal semasa dia kanak-kanak telah dihancurkan oleh Yondu.

Peter memberitahu yang sebenarnya Kraglin tidak menceritakan sehingga habis dan dia sendiri memberitahu yang Yondu sebenarnya telah menerima hadiah daripada Peter dan dia juga telah menerima hadiah daripada Yondu. Hadiah tersebut adalah Quad Blasters.
Mantis memberitahu kepada Peter yang dia sebenarnya ingin lakukan perkara istimewa kepadanya dan akhirnya telah mengaku yang dia sebenarnya “sister” kepada Peter. Lalu, Peter menerima perkara tersebut sebagai hadiah paling terbaik yang dia pernah dapat.

Seperti yang ditunjukkan di dalam GotG Vol.2, Ego, ayah kepada Peter telah pergi ke seluruh galaksi untuk mencari seorang “Celestial” dengan membuat anak. Malang sekali, hampir semua anaknya tidak membawa “celestial gen” dan telah membunuh mereka semua kecuali Mantis dan Peter.
Dia tidak membunuh Mantis kerana dia mempunyai tujuan di mana untuk menidurkan Ego manakala Peter adalah satu-satunya anak yang membawa “celestial gen” dalam badannya. Dengan apa yang berlaku pada filem tersebut, Mantis telah menyertai Guardian of the Galaxy selepas Ego dikalahkan.

Jadi, apa pendapat korang tentang pendedahan Mantis sebenarnya “sister” kepada Peter Quill (Star Lord) dalam Guardian of the Galaxy Holiday Special? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Guardian of the Galaxy Holiday Special kini tersedia di Disney+.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post