Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GSC akan tayangkan “Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out” pada 7 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
GSC akan tayangkan “Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out” pada 7 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Wahai peminat anime! Saya ada berita baik untuk anda semua kerana GSC akan menayangkan filem anime “Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out” pada 7 September 2023!

Berita ini diumumkan melalui YouTube di mana mereka menayangkan trailer rasmi di bawah:

Ini merupakan filem kedua dalam projek filem anime dua-bahagian berdasarkan siri novel ringan Rascal Does Not Dream oleh Hajime Kamoshida. Secara lebih khusus,ia akan mengadaptasi novel ke-9 dan ke-9 dalam francais: Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out dan Rascal Does Not Dream of a Knapsack Kid.

Soichi Masui kembali untuk mengarahkan projek di CloverWorks. Masahiro Yokotani juga kembali untuk gubahan dan skrip, dan Satomi Tamura kembali sebagai pereka watak. Bagi pelakon suara, pelakonnya termasuk:

  • Kaito Ishikawa sebagai Sakuta Azusagawa
  • Asami Seto sebagai Mai Sakurajima
  • Yurika Kubo sebagai Kaede Azusagawa
  • Nao Toyama sebagai Tome Koga
  • Atsumi Tanezaki sebagai Rio Futaba
  • Maaya Uchida sebagai Nodoka Toyohama
  • Inori Minase sebagai Shoko Makinohara
Kredit: GSC

Sinopsis

Selepas menerima pelbagai ugutan bunuh dan dibuli secara online, Kaede Azusagawa mengalami masalah disosiatif yang mengakibatkan amnesia. Untuk dua tahun berikut, dia hidup sebagai individu serba baharu, sambil bersembunyi dari dunia. Berkat bantuan daripada abangnya dan beberapa rakan baharu, akhirnya Kaede dapat pulih—tetapi terpaksa mengorbankan memori selama dua tahun itu.

Kini Kaede harus maju ke hadapan walaupun ada kekosongan dalam ingatannya, dan juga memikirkan tentang orang tersayang, yang tidak melihat dirinya yang sebenar, tetapi sebagai gadis pada dua tahun lalu.

Kredit: GSC

Apa itu Rascal Does Not Dream?

Kredit: CloverWorks

Rascal Does Not Dream (lebih dikenali di Jepun sebagai Seishun Buta Yaro ialah sebuah siri novel ringan Jepun yang ditulis oleh Hajime Kamoshida dan diilustrasikan oleh Kēji Mizoguchi. Siri ini menerima sambutan positif di kalangan pembaca dan kemudian diadaptasikan kepada manga dan anime.

Kehidupan Sakuta Azusagawa – seorang pelajar sekolah menengah- berubah menjadi huru-hara apabila dia bertemu dengan Mai Sakurajima, seorang pelakon remaja yang berpakaian seperti gadis arnab sedang merayau-rayau di perpustakaan tanpa disedari oleh sesiapa di sana.

Mai tertarik bahawa Sakuta adalah satu-satunya orang yang boleh melihatnya, kerana orang lain tidak dapat melihatnya, walaupun dia berpakaian biasa atau cuba menjauhkan diri daripada kehidupan selebriti. Menggelar fenomena ini sebagai “Sindrom Remaja”, Sakuta memutuskan untuk menyelesaikan misteri ini, sambil mendekatkan diri bersama Mai dan bertemu dengan gadis-gadis lain yang mengalami “Sindrom Remaja”.

Kredit: CloverWorks

Sekali lagi saya ingatkan, GSC akan menayangkan filem anime “Rascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out” pada 7 September 2023! Untuk membaca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGSCRascal Does Not Dream of a Sister Venturing Out
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Eksklusif Like A Dragon: Infinite Wealth Boleh Dimainkan Kalau Anda Selesaikan Gaiden!

Next Post

Sword Art Online: Integral Factor Akan Hadir ke Steam pada 22 Ogos 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sword Art Online: Integral Factor Akan Hadir ke Steam pada 22 Ogos 2023!

Sword Art Online: Integral Factor Akan Hadir ke Steam pada 22 Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd