Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Graphic Card terbaik untuk PC Gaming anda pada Mei 2019!

Cari graphic card terbaik untuk PC anda sambil menjimatkan duit untuk rigging bahagian lain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Graphic Card terbaik untuk PC Gaming anda pada Mei 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan setiap graphic card di pasaran sekarang sedang bersaing untuk menarik minat korang, bagaimana eh nak pilih GPU yang terbaik untuk graphic card anda? Sudah tentu, pertama sekali ialah kita harus tetapkan budget, dan kedua ialah mengenal pasti apa yang kita betul-betul mahu daripada GPU kita. Untuk mudahkan korang semua, mari baca senarai saya Graphic Card pada Mei 2019 bagi pendapat saya! Harap ulasan boleh mudahkan korang semua!

Nvidia GeForce GTX 2080 Founders Edition

  • GPU Cores: 2,944
  • Base Clock: 1,515MHz
  • Boost Clock: 1,800MHz
  • GFLOPS: 10,958
  • Memory: 8GB GDDR6
  • Memory Clock: 14Gbps
  • Memory Bandwidth: 448GB/s

Graphic card terbaik di pasaran buat masa ini kalau dibandingkan prestasi dan harga. Walaupun 2080 masih mahal, sebenarnya tidak mustahil untuk jumpa Founders Edition pada senarai harga RM4,500 atau lagi murah. Walaupun versi evolusinya, 2080 Ti lebih hebat, tak berbaloi lah saya rasa untuk peningkatan kecil antara 10 sehingga 30% pada kuasa GPU. Ini terutamanya kerana tidak banyak game yang menggunakan ray tracing.

Walaupun Battlefiled V kelihatan gempak apabila memakai ray tracing ( dan dijangka akan meningkat daripada segi prestasi sebanyak 50% selepas patch baru), ia adalah salah satu daripada kategori game terhad yang mampu menggunakan teknologi sejauh ini. Apabila lebih banyak game yang menggunakan ray tracing muncul, dan sehingga harga Ti diturunkan, 2080 masih raja segala graphic card.

Nvidia GeForce GTX 1660

  • GPU Cores: 1,408
  • Base Clock: 1,530MHz
  • Boost Clock: 1,785MHz
  • GFLOPS: 5,027
  • Memory: 6GB GDDR5
  • Memory Clock: 8 GT/s
  • Memory Bandwidth: 192GB/s

Jika korang sedang mencari graphic card moden yang sesuai untuk mereka yang baru bermula jelajah dunia PC gaming ni pada harga RM1000 ke bawah, graphic card GTX 1660 ialah pilihan anda. Graphic card ini muncul selepas GTX 1060, dan memberi prestasi yang lebih baik sebanyak 13-15% tapi pada harga murah. GTX 1660 menggunakan architecture Turing yang diimplemetasikan di dalam lineup RTX tetapi digandingkan bersama GDDDR5 VRAM yang boleh didapati di mana sahaja, maka ia murah.

GTX 1660 ialah sebuah graphic card mainstream dan popular, dan menjadi pengganti kepada siri Geforce 20 yang sangat berjaya serta mempunyai kualiti yang hampir setanding. Yang penting, GTX 1660 memberi apa yang korang nak pada harga yang korang sendiri mampu milik!

AMD Radeon VII

  • GPU Cores: 3,840
  • Base Clock: 1,400MHz
  • Boost Clock: 1,750MHz
  • GFLOPS: 13,440
  • Memory: 16GB HMB2
  • Memory Clock: 2 GT/s
  • Memory Bandwidth: 1024GB/s

AMD akhirnya membalas kepada siri graphic card high-end Nvidia 20 Series. Mereka mengeluarkan Radeon VII pada awal tahun ini dan ini merupakan GPU terhebat mereka yang dituju khas untuk para gamer susah mati yang juga merupakan peminat AMD. Ia adalah card yag sangat bagus dan memberi prestasi 1440p dan 4K Ultra yang mantap, serta merupakan GPU pertama untuk dicipta menggunakan litografi 7nm. Ini adalah card yang sangat hebat pada harga yang berpatutan.

Baguslah mereka mengeluarkan card yang mampu bersaing dengan Nvidia kan. Agak jelas apabila dibandingkan bersama RTX 2080 daripada segi kuasa dan harga pun lebih murah. Radeon VII ialah alternatif yang bagus jika korang tidak ingin membeli Nvidia.

Nvidia GeForce GTX 1070 Ti

  • GPU Cores: 2,432
  • Base Clock: 1,607MHz
  • Boost Clock: 1,683MHz
  • GFLOPS: 8,873 | Memory: 8GB GDDR5
  • Memory Clock: 8Gbps
  • Memory Bandwidth: 256GB/s

GTX 1070 Ti adalah antara graphic card mid-range terbaik di pasaran. Jika korang tengah cari sebuah graphic card yang mampu mainkan game pada resolusi 1440p atau menguruskan VR dengan murah serta mengharapkan spesifikasi yang hampir sama seperi card-card lain yang beratus-ratus lebih mahal, GTX 1070 Ti menyeimbangkan prestasi dan kos dengan sempurna.

Hampir menghampiri tahap prestasi seperti GtX 1080 tetapi pada harga yang lebih murah, GTX 1070 Ti ialah jawapan kepada barisan card AMD Vega. Jika korang nak prestasi baik punya, tapi tak cukup sedia untuk upgrade kepada sesuatu di famili 20-Series, GTX 1070 Ti ialah pilihan bagus dan boleh jimatkan duit dalam poket anda.

Radeon RX 580 8GB

  • GPU Cores: 2,304
  • Base Clock: 1,257MHz
  • Boost Clock: 1,340MHz
  • GFLOPS: 6,175
  • Memory: 8GB GDDR5
  • Memory Clock: 8 GT/s
  • Memory Bandwidth: 256GB/s

Jika korang belum beralih ke display set 4K, menghabiskan duit yang banyak pada GPU yang terlalu overpowered pun rasa macam membazir juga kan. Sementara korang tengah saving duit untuk membeli display 4K, RX 580 sangat membantu dan bantu mengurangkan kos anda. Budget untuk AMD pun masih boleh bertahan dengan generasi 1080p.

Jika korang menjaga budget, tetapi masih ingin memastikan PC anda saing-saing dengan console generasi kini, RX 580 ialah solusi yang bagus. Selain itu, GDDR5 yang mengandungi 8GB juga sangat bertimbang rasa jika nak dibandingkan dengan Nvidia 1060 yang hampir sama harga.

Nvidia GeForce RTX 2060

  • GPU Cores: 1,920
  • Base Clock: 1,365MHz
  • Boost Clock: 1,680MHz
  • GFLOPS: 12,902
  • Memory: 6GB GDDR6
  • Memory Clock: 14 GT/s
  • Memory Bandwidth: 336GB/s

Keluaran terbaru di siri RTX milik Nvidia ialah RTX 2060. Ini adalah GPU paling murah untuk menyediakan setup PC anda bagi Ray Tracing dan DLSS. Selain daripada memiliki feature baru Nvidia, RTX 2060 telah mengatasi graphic card yang sepatutnya ia ganti, iaitu GTX 1070. Ia ada semua seperti RTX 2070, cuma kurang sikit daripada segi prestasi. Jika korang nak sangat cari graphic card yang boleh handle gaming pada resolusi 1080p dan 1440p, RTX 2060 ialah cara paling murah.

Kalau korang dah ada sesuatu dalam range GTX 1070, peralihan ke RTX 2060 mungkin tidak sesuai, terutamanya apabila baru launch dengan harga yang masih tinggi. Gamers yang teringin nak upgrade daripada graphic card 970 atau bawah, saya sarankan  RTX 2060 yang menjaminkan prestasi hebat dan bertahan untuk setup DirectX RayTracing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: amdGTXnvidiaPCRIGRTX
Previous Post

BETA 0.13.0 untuk PUBG Mobile telah hadir untuk Pengguna Android dengan Mod Baru!

Next Post

[UPDATED!!] *Giveaway* Gamer Santai berkerjasama dengan 20th Century Fox dan peluang Memenangi 5 Set Tiket untuk Tayangan Perdana “X-Men: Dark Phoenix”!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[UPDATED!!] *Giveaway* Gamer Santai berkerjasama dengan 20th Century Fox dan peluang Memenangi 5 Set Tiket untuk Tayangan Perdana “X-Men: Dark Phoenix”!!

[UPDATED!!] *Giveaway* Gamer Santai berkerjasama dengan 20th Century Fox dan peluang Memenangi 5 Set Tiket untuk Tayangan Perdana "X-Men: Dark Phoenix"!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd