Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Versus: Rising (PS5) Review — Versi Game yang Lebih Sempurna!

Maira by Maira
December 27, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Game, Game Review, PS5, Review
0 0
0
Granblue Fantasy Versus: Rising (PS5) Review — Versi Game yang Lebih Sempurna!
Share on FacebookShare on Twitter

Granblue Fantasy Versus kembali dengan entri baharu yang membawa beberapa penambahbaikan serta kandungan baharu kepada pemain! Granblue Fantasy Versus: Rising telah dilancarkan pada 14 Disember yang lalu. Adakah game ini lebih baik berbanding versi dahulu? Teruskan baca ulasan ini!

Cerita yang lebih pendek

Mulakan perjalanan epik bersama Gran dalam Granblue Fantasy Versus: Rising ketika dia berusaha untuk melindungi seorang gadis istimewa bernama Lyria. Semasa perjalanan mereka, Gran dan Lyria terjumpa kejadian pelik di mana rakan mereka gagal mengingati mereka. Anehnya, ada juga yang menggunakan kekerasan, memaksa Gran untuk mempertahankan dirinya. Mereka tidak tahu, seorang dalang jahat mengintai daripada bayang-bayang, memanipulasi memori dengan kuasa gelap yang mereka gunakan.

Sumber: Cygames

Selepas berjaya mengalahkan Beelzebub dan Belial, Gran, Djeeta, dan Lyria meraikan kemenangan mereka. Namun, ternyata Belial masih belum berputus asa. Dia membangkitkan seorang pahlawan bernama Lucilius daripada kematian, yang menimbulkan ancaman baru kepada alam semesta. Bolehkah Gran menyelamatkan dunia sekali lagi daripada Lucilius yang perkasa? Kenalah main game ini untuk mengetahuinya!

Jalan cerita dalam Granblue Fantasy Versus: Rising dibahagikan kepada tiga bab berbeza. Bab pertama dan kedua menceritakan semula game GBF Versus sebelumnya. Manakala bab ketiga merupakan cerita baharu dalam game. Jadi anda yang tidak mainkan game pertama, tidak ada masalah untuk mainkan game ini. Tetapi mereka yang telah mainkan game terdahulu, mungkin akan rasa cerita baru tersebut terlalu pendek.

Sumber: Cygames

Story Mode mempunyai gameplay yang sama seperti sebelumnya, di mana genre fighting berubah sedikit seperti game side scrolling. Anda akan menghadapi pelbagai jenis musuh bermula daripada yang paling mudah, hinggalah kepada bos seperti bermain game bullet hell untuk mengelak pelbagai serangan yang datang.

Barisan watak yang lebih banyak

Untuk Rising, game ini menyediakan lebih banyak watak yang boleh dimainkan berbanding game dahulu. Terdapat 28 watak yang tersedia untuk anda mainkan tanpa dikunci di sebalik DLC. Bukan setakat itu sahaja, Rising turut memperkenalkan empat watak baharu: Grimnir, Siegfried, Nier dan Anila.

Sumber: Cygames

Gameplay — Mekanik baru

Granblue Fantasy Versus: Rising masih mempunyai konsep yang sama seperti game sebelumnya sebagai game fighting 2D. Skim kawalan yang ditawarkan juga masih sama dengan tiga butang serangan berbeza seperti serangan Light, Medium dan Heavy serta butang untuk “unique action” tertentu.

Sumber: Cygames

Satu perkara yang saya suka tentang Granblue Fantasy Versus: Rising ialah kehadiran “Simple Button” untuk pemain baru. Dengan hanya satu butang atau gabungan mudah, pemain beginner boleh memberikan Special Attack, Skybound Art atau kombo seperti pemain profesional. Kalau anda seseorang yang sudah biasa dengan game fighting, kawalan teknikal masih tersedia untuk anda gunakan.

Selain Skybound Art, terdapat mekanik baharu yang dipanggil Ultimate Skill yang memperkenalkan sesuatu baharu kepada gerakan istimewa dengan menggabungkan pelbagai peningkatan hebat. Untuk menggunakannya, anda perlu mengorbankan 50% daripada Special Meter anda. Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan 25% kembali jika serangan tersebut berjaya menyerang pihak lawan.

Sumber: Cygames

Mekanik lain yang diperkenalkan adalah Raging Strike dan Raging Chain. Kedua-dua serangn ini membolehkan pemain melancarkan serangan yang tidak boleh dihalang oleh pihak lawan. Anda hanya perlu cetuskan butang serangan Medium + Heavy, manakala Chain hanyalah sambungan kepada Raging Strike. Bunyi hebat bukan? Malangnya serangan ini lebih perlahan. Jika pemain tidak menghalang dan memilih untuk lakukan serangan Light, anda akan dipukul terlebih dahulu.

Sumber: Cygames

Menariknya, terdapat mekanisme parry yang dipanggil Brave Counter. Jika seseorang masih menyerang anda, anda boleh menangkis serangan mereka dengan menggunakan serangan Medium + Heavy dengan butang Block. Bukan sekadar paryy, anda juga boleh lepaskan musuh dan segera menyerangnya dengan kombo.

Multiplayer

Granblue Fantasy Versus: Rising mengikut trend game fighting lain, di mana pemain dikumpul di sebuah lobi yang kelihatan seperti game open-world. Walau bagaimanapun, watak di lobi ini berbentuk seperti watak chibi yang boleh disesuaikan.

Pemain boleh datang ke lobi dan menuju ke mesin arked yang disediakan. Di sana, anda boleh memilih untuk bertarung dengan pemain lain dalam mode Casual atau Ranked. Berita baiknya, GBFV: Rising turut menyokong rollback netcode serta crossplay antara pemain PlayStation dan PC.

Sumber: Cygames
– Grand Bruise Legends

Antara mode multiplayer yang tersedia untuk pemain. Bagi kami, ia seperti game Fall Guys. Pemain boleh mainkan pelbagai game mini seperti Rising Royale, Gold Brick Hoarder, Blast King dan Defense Force. Melalui mode ini juga, anda boleh mendapatkan kosmetik untuk dipakaikan pada watak dalam lobi dalam talian.

Sumber: Cygames

Visual & Audio

Granblue Fantasy Versus: Rising mempunyai peningkatan visual yang ketara berbanding sebelum ini, tidak kiralah daripada segi persembahan jalan cerita mahupun gameplay. Ia paling ketara apabila watak menggunakan Ultimate Skill atau Skybound Art. Segala efek animasi dipersembahkan dengan baik dan lancar. Bermain pada PS5, kami juga tidak pernah menghadapi masalah prestasi mahupun bug.

Sumber: Cygames

Satu lagi perkara yang membuatkan game Granblue Fantasy Versus: Rising lebih istimewa adalah sountrack game yang menarik. Lagunya mampu membuatkan suasana pertempuran lebih seronok dan sengit pada masa yang sama.

Kesimpulan

Sekilas pandang, Granblue Fantasy Versus: Rising mungkin kelihatan seperti game terdahulu. Walaupun begitu, penambahbaikan yang diberikan membuatkannya lebih baik. Sebagai contoh, kehadiran jalan cerita dan barisan watak yang lebih lengkap, mekanik gameplay baharu dan multiplayer yang lebih menyeronokkan dengan game mini dan sudah tentu rollback netcode.

Sumber: Cygames

Simple Button juga menjadikan game ini mudah dimainkan oleh pemain baru kepada genre ini. Tidak dilupakan juga visual dan audio yang lebih menawan, membuatkannya versi game yang lebih sempurna berbanding dahulu. Jadi kalau kami memang syorkan anda untuk mendapatkan game Granblue Fantasy Versus: Rising di PS5, PS4 dan PC melalui Steam.

Untuk membaca segala liputan mengenai Granblue Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Granblue Fantasy Versus: Rising

8 Score

PROS

  • Game fighting yang mesra beginner
  • Mekanik gameplay baharu yang menjadikannya lebih menarik untuk dimainkan
  • Rollback netcode menjadikan multiplayer lebih menyeronokkan dan lancar
  • Kualiti visual yang lebih baik

CONS

  • Jalan cerita baru terlalu pendek

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: GBFgranblue fantasyGranblue Fantasy Versus: Rising
ShareTweetSend
Previous Post

Hatake Sakumo – Kisah Hidup Ayah Kakashi, Ninja Mulia Yang Akhirnya Bunuh Diri

Next Post

Barisan Game PS Plus Januari 2024 — A Plague Tale: Requiem, Evil West & Nobody Saves the World

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Barisan Game PS Plus Januari 2024  — A Plague Tale: Requiem, Evil West & Nobody Saves the World

Barisan Game PS Plus Januari 2024 — A Plague Tale: Requiem, Evil West & Nobody Saves the World

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd