Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Golongan belia Malaysia mendapat tempat kedua di Asia dalam perbuatan buli siber!

Maira by Maira
January 17, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Golongan belia Malaysia mendapat tempat kedua di Asia dalam perbuatan buli siber!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui Bernama, satu laporan telah dikeluarkan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan bahawa remaja Malaysia mendapat tempat kedua di Asia dalam perbuatan buli siber pada tahun 2020. Laporan itu jelas menunjukkan bahawa masalah buli siber menjadi semakin teruk dalam negara.

Sumber:freepik

Tahun 2020 merupakan tahun bermulanya kuarantin untuk seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa. Ramai orang telah menjadikan Internet sebagai ruang untuk mereka bersosial dan nampaknya ia sememangnya memberikan kesan kepada golongan muda dan remaja. Penggunaan media sosial itulah yang menggalakkan perbuatan buli siber dalam kalangan belia, malah orang dewasa.

Jessie Yong, penyelidik mengenai buli siber, berkata bahawa perbuatan itu mungkin berpunca daripada rasa tidak gembira akibat keperluan asasnya tidak dipenuhi. Dia juga berkata kepada Bernama bahawa menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan, kuasa, kebebasan dan keseronokan. Teori itu telah dibangunkan oleh pakar psikiatri Amerika Syarikat, Willian Glasser menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai lima keperluan asas yang menentukan pilihan mereka.

Buli Siber
Sumber: freepik

Yong juga menjelaskan bahawa jika keperluan tersebut tidak dipenuhi, ia akan menjadi pendorong kepada perbuatan buli siber yang akan memuaskan keperluan itu. Sebab itulah remaja serta orang dewasa lebih terdorong untuk melakukan buli siber. Kajian itu juga telah menunjukkan bahawa pembuli mengalami kadar kesunyian yang tinggi. Kesunyian itu juga mungkin berpunca daripada kekurangan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka. Jadi, perbuatan buli siber dilakukan untuk meraih perhatian daripada orang asing.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Sumber: freepik

Beliau berkata bahawa pembuli siber selalunya individu yang tidak pandai bersosial. Ini kerana mereka yang mempunyai rasa harga diri yang rendah, rasa kurang diterima secara sosial dan kurang popular mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam buli siber.

Apa pendapat anda mengenai isu perbuatan buli siber ini? Kami tahu ia sememangnya semakin menjadi-jadi dengan “cancel culture” yang nampaknya menjadi trend dalam kalangan netizen. Anda boleh kongsikan pendapat kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan tempatan lain dari kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Bernama

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: buli siberMalaysiaRemaja
Previous Post

My Hero Academia Ultra Rumble tayangkan gameplay “battle royale”, ujian beta Jepun mula bulan depan!

Next Post

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd