Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goku menguasai bentuk sempurna Ultra Instinct! Kekuatan tahap dewa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Goku menguasai bentuk sempurna Ultra Instinct! Kekuatan tahap dewa!

Sumber - D4NARTSS

Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball Super telah menuju ke satu konsep utama iaitu evolusi kekuatan seorang Saiyan. DBS bermula dengan Goku memahirkan kuasa Super Saiyan God, yang membuka pintu untuk kekuatan baru. Setelah menguasai Super Saiyan God, Goku dan Vegeta menggabungkan sumber kuasa baru tersebut dengan kebolehan Super Saiyan mereka, untuk membuka Super Saiyan Blue.

Walau bagaimanapun, penamat sebenar pada konsep evolusi ini adalah ketika Goku membuka kekuatan Ultra Instinct semasa Tournament of Power. Namun, dia hanya mencapai Ultra Instinct atas sebab keterdesakan, lantas menyebabkan tempoh kebolehan itu berakhir dengan sangat cepat. Dalam bab terbaru manga Dragon Ball Super, Goku akhirnya menguasai Ultra Instinct, dan kami mendapat pandangan rasmi untuk bentuk terakhir Ultra Instinct!

Amaran: SPOILER untuk Dragon Ball Super bab 64!

Dalam manga Dragon Ball Super bab 64, Goku masih sedih akibat kematian guru dan rakannya, Merus. Merus memilih untuk mengutamakan peranannya sebagai anggota Galactic Patrol daripada identitinya sebagai malaikat, lalu melanggar Undang-Undang Malaikat dengan menggunakan kekuatan malaikatnya di dunia fana. Sebagai hukuman, Merus dihapuskan daripada realiti dan sekarang telah disahkan mati. Trauma itu mendorong Goku untuk sekali lagi menggunakan Ultra Instinct.

 

Iya, Goku mencapai Ultra Instinct, ya, tetapi ia jauh sekali berbeza daripada Super Saiyan. Goku tidak boleh melepasi sempadan limitasi, di mana Ultra Instinct menitikberatkan keseimbangan antara emosi semasa bertarung. Semasa Goku berusaha mencapai keseimbangan itu, Beerus dan Whis memerhati jika wira kesayangan kami semua dapat melakukan sesuatu yang bahkan tidak dapat dilakukan oleh para dewa lain.

Berkat latihan Merus, Goku dapat mengawal kekuatan dan emosinya yang berubah kepada sifat ketenangan yang diperlukan oleh Ultra Instinct. Ketika Goku dikelilingi oleh tenaga Ki, rakan-rakan Z-Fighter, Gohan, Piccolo, Beerus dan Whis, tampak kagum. Beerus menandakan saat itu dengan mengatakan “Nampaknya, ia berjalan lancar,” tetapi Whis menambahkan pengesahan rasmi yang setiap peminat ingin dengar:

“Kami akan menyaksikan Ultra Instinct Perfected!”

Ini bukan pertama kalinya kita mendengar istilah “Perfected Ultra Instinct,” kerana ia adalah istilah yang popular ketika Tournament of Power. Sejak itu, pelbagai bentuk berbeza untuk Ultra Instinct diperkenalkan. “Autonomous Ultra Instinct” adalah salah satu istilah pertama; manakala “Mastered Ultra Instinct” adalah gelaran yang lebih popular. Goku bahkan memanggilnya sebagai “True Ultra Instinct” semasa pratonton untuk anime DBS. Agak mengelirukan di sini kan..

Story arc terbaru Dragon Ball Super telah banyak membantu menjelaskan tentang Ultra Instinct, dan nama rasmi untuk dua peringkat utamanya. Di sini ialah huraian pendek daripada saya:

  1. Ultra Instinct Omen – Bentuk Ultra Instinct yang lebih rendah dan tidak stabil, dan menjadikan tubuh pengguna lebih mudah lemah dan kehabisan tenaga.
  2. Perfected Ultra Instinct – Keadaan paling tenang dan stabil, di mana pengguna bertarung tanpa berfikir dan hanya menggunakan naluri.

Itu sahaja untuk artikel ini. Saya tidak akan cerita apa yang berlaku selebihnya dan ia bergantung kepada anda semua untuk mempelajari apa terjadi. Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon Ball SupergokumangaPerfected Ultra InstinctUltra Instinct
Previous Post

Movie World of Warcraft baru dalam pembikinan! Sekuel mungkin?

Next Post

Microsoft membeli Bethesda dan memperoleh francais Fallout, Doom, Elder Scrolls & banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Microsoft membeli Bethesda dan memperoleh francais Fallout, Doom, Elder Scrolls & banyak lagi!

Microsoft membeli Bethesda dan memperoleh francais Fallout, Doom, Elder Scrolls & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd