Legendary Pictures akhirnya dedahkan tajuk filem sekuel kepada Godzilla Vs Kong iaitu Godzilla x Kong: The New Empire dan bakal ditayangkan pada 15 Mac 2024.
Menurut pendedahan video tersebut, mereka telah menampilkan satu watak baharu seperti Urang Utan pada awalnya dan kawasan tersebut dipenuhi dengan tengkorak dan tulang makhuk lain termasuk Godzilla dan Kong.
Adam Wingard akan kembali sebagai pengarah filem ini bersama Rebecca Hall sebagai watak utama sebagai Dr. Ilene Andrews, Brian Tyree Henry sebagai Bernie Hayes dan Kaylee Hottle sebagai Jia. Terdapat juga beberapa pelakon baharu yang akan muncul di dalam filem ini termasuk Dan Stevens, Fala Chen dan Rachel House.

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan banyak perkara tetang filem ini. Tetapi apa yang kami pasti adalah filem ini akan menjadi sekuel kepada Godzilla vs Kong.
Dengan pendedahan filem ini, Monsterverse kini semakin berkembang dan in merupakan filme kelima di dalam francais ini. Monsterverse bermula dengan filem Godzilla yang ditayangkan pada 2014 dan diteruskan dengan Kong: Skull Island (2017), Godzilla: King of the Monsters (2019) dan Godzilla vs Kong (2021).

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Godzilla x Kong: The New Empire akan ditayangkan pada 15 Mac 2024 di seluruh dunia.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post