Sejak pengumuman mengenai filem Godzilla Minus One, ramai peminat-peminat Godzilla menantikan tayangannya di pawagam. Sudah tentu peminat-peminat di Malaysia juga teruja mengenainya. Malangnya keterujaan itu menjadi kekecewaan selepas pengumuman baharu mengenai tayangannya di Malaysia. Melalui GSC Cinemas, Godzilla Minus One nampaknya tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana pemilik filem tiada rancangan untuk melepaskannya di rantau ini.

Berikut adalah kenyataan oleh GSC yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu:
“Kepada peminat Godzilla:
Kepada anda yang bertanya mengenai Godzilla Minus One, kami mendengar anda, dan kami telah mencuba. Tetapi tiada rancangan daripada pemilik filem untuk melepaskan filem tersebut di rantau ini.
Kami juga kecewa seperti anda mengenai berita ini – kami minta maaf dan berkongsi kekecewaan anda! Terima kasih kerana memahami.”
Untuk pengetahuan anda, filem tersebut telah ditayangkan di Jepun pada November yang lalu. Ia merupakan filem Godzilla baharu oleh Toho Studios bersama-sama Robot Communications. Filem ini telah mencatatkan kutipan yang terbanyak dalam sejarah filen Godzilla Jepun malah melepasi kutipan Shin Godzilla. Bukan setakat itu sahaja, ia turut menempah nama di beberapa anugerah berprestij dengan pelbagai pencalonan di Japan Academy Film Prize ke-47 dan Academy Awards ke-96. Ini menjadikan Godzilla Minus One filem pertama francais dan filem pertama Jepun yang tercalon dalam kategori Best Visual Effect untuk Academy Awards.

Filem ini turut mendapat versi lain iaitu Godzilla Minus One/Minus Color, di mana ia merupakan versi hitam dan putih filem. Versi ini turut dilepaskan di Jepun dan Amerika pada bulan Januari 2024.
Berikut adalah sinopsis rasmi filem:
Selepas Perang Dunia ke-2, keadaan ekonomi Jepun telah berkurangan kepada sifar. Godzilla muncul dan menjerumuskan negara ke dalam keadaan negatif.”

Kami pasti ramai yang kecewa apabila mendengar berita ini. Kami juga sama seperti anda semua. Harap-harap filem ini tersedia di platform seperti Netflix, Amazon Prime Video atau Google Movies pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post