Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Open World, PS4, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun ramai menjangkakan God of War Ragnarok oleh Santa Monica Studio akan menjadi kejayaan besar untuk PlayStation bagi 2022, ternyata game itu telah melebihi jangkaan orang ramai dan kini memegang rekod “game launch” paling terlaris sepanjang sejarah PlayStation.

Congratulations to @SonySantaMonica for making God of War Ragnarök the fastest-selling first party launch game in PlayStation history! 🪓 pic.twitter.com/NPgN6YHRnQ

— PlayStation (@PlayStation) November 23, 2022

Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1994, PlayStation mempunyai beberapa francais yang berjaya. Antara contoh yang saya boleh beri termasuk The Last of Us, Uncharted, Ratchet & Clank dan Gran Turismo – dan itu hanya sebahagian daripada IP (intellectual property) yang dimiliki oleh PlayStation. Walaupun francais ini semuanya besar dan popular, tiada satu yang dapat mengatasi God of War Ragnarok.

Diumumkan hari ini di media sosial, PlayStation mengesahkan bahawa God of War Ragnarok telah menjadi game terbesar dalam sejarah syarikat. Secara keseluruhan, Ragnarok berjaya menjual 5.1 juta salinan pada minggu pertama sahaja, lantas menjadikannya game paling terlaris untuk mana-mana pelancaran game God of War.

Seperti saya kata tadi di atast, PlayStation juga mendedahkan bahawa Ragnarok adalah game “first-party” dengan jualan terbanyak semasa pelancaran. Sebelum God of War Ragnarok, rekod ini dipegang oleh The Last of Us Part 2 (Naughty Dog), yang menjual lebih 4 juta salinan semasa minggu pelancaran.

Buat masa ini, Ragnarok memegang rating yang tinggi daan digemari oleh peminat dan para pengkritik di mana orang ramai (termasuk kami di Gamer Santai) menganggapnya sebagai game terbaik tahun ini. Untuk membuktikan kehebatannya, Ragnarok juga menerima pencalonan dalam 10 kategori berbeza untuk The Game Awards yang bakal berlangsung bulan depan.

Di sini, Ragnarok akan bersaing dengan beberapa game popular lain termasuk Elden Ring (From Software) dan Horizon Forbidden West (seorang lagi rakan PlayStation).

Apa pendapat korang? Sempat tak anda cuba God of War Ragnarok? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Bagi mereka yang berminat, God of War Ragnarok kini tersedia untuk PS4 dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War RagnarokplaystationPS4ps5
Previous Post

Tiket MECHAMATO MOVIE Kini Tersedia di GSC, TGV dan MBO! Jom Tengok Ramai-ramai!

Next Post

Jaringan Takuma Asano bawa gaya Blue Lock, Jerman ditundukkan oleh Jepun di World Cup 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa
Temuramah

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa

July 7, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Next Post
Jaringan Takuma Asano bawa gaya Blue Lock, Jerman ditundukkan oleh Jepun di World Cup 2022

Jaringan Takuma Asano bawa gaya Blue Lock, Jerman ditundukkan oleh Jepun di World Cup 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd