Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok ‘New Game+’ dalam pembikinan, akan datang 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok ‘New Game+’ dalam pembikinan, akan datang 2023!

Sumber - Twitter@kaytanaa

Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada bulan lepas, God of War Ragnarok menerima pujian positif di seluruh dunia dan dianggap sebagai salah satu game terhebat pada abad ini. Ramai yang sudah menamatkan jalan cerita God of War Ragnarok termasuk semua misi sampingannya, tetapi nampaknya itu masih tidak cukup. Hari ini, kita dapat berita rasmi daripada Santa Monica Studio bahawa God of War Ragnarok akan menerima mode New Game+ yang bakal dikeluarkan pada tahun 2023.

We know many of you have been asking, so we’re happy to confirm that New Game Plus will be coming to #GodofWarRagnarok in Spring 2023!

We’ll share more details once we get closer to the release! 🐻 🐺 pic.twitter.com/vmv5X2USuW

— Santa Monica Studio – God of War Ragnarök (@SonySantaMonica) December 22, 2022

New Game+ boleh dianggap sebagai tradisi lama dalam francais God of War, tetapi God of War 2018 dilancarkan tanpa mode tambahan tersebut. Beberapa minggu selepas pelancaran, Santa Monica mengeluarkan update percuma untuk game yang menambah New Game+ dan oleh itu, ramai peminat God of War juga mengharapkan Ragnarok akan menerima mode New Game+.

Secara khususnya, Santa Monica Studio mengesahkan bahawa mode New Game+ milik God of War Ragnarok akan dikeluarkan pada Musim Bunga 2023. Malangnya, butiran lanjut dan tarikh tepat tidak diberikan.

Mengikut teori, New Game+ membolehkan pemain mengulangi jalan cerita keseluruhan game dengan peralatan dan upgrade sama yang mereka sudah peroleh daripada playthrough pertama. Sesetengah New Game+ juga menambah tahap kesukaran baru dan jalan cerita tambahan, tetapi kita tiada bukti jika game kali ini akan melakukan perkara yang sama atau tidak.

Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang God of War Ragnarok New Game+ akan datang tahun depan. Andai kata tiada perubahan besar, sekurang-kurangnya kita dapat mengulangi semula kisah epik God of War Ragnarok.

Bagi sesiapa yang berminat, God of War Ragnarok boleh didapati sekarang di PS4 dan PS5. Anda boleh baca review dan preview kami di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War RagnarokNew Game+
Previous Post

Anime Mob Psycho 100 Rasmi Tamat! Ketahui Penamat Watak Dalam Siri!

Next Post

TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!

TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd