NEOWIZ dan GAMFSN Co. telah mengumumkan kolaborasi menarik dengan anime popular dari Jepun, Goblin Slayer Ⅱ, yang bakal memperkenalkan update terhad masa untuk RPG mobile, BrownDust2.
Bermula Khamis, 8 Mei 2025, watak pemburu ikonik, Goblin Slayer, bersama rakan-rakannya akan meneroka dunia fantasi gelap BrownDust2, membawa pemain ke bab baharu yang penuh dengan pengembaraan dan cabaran berbahaya.
Tumpuan utama kolaborasi ini adalah event pack khas bertajuk “Goblin Slayer,” yang menawarkan story quest yang dibina dengan teliti. Pemain akan mengikuti kisah ahli sihir, Scheherazade, yang berganding bahu dengan Goblin Slayer dalam usaha menentang ancaman goblin di tengah-tengah runtuhan yang mengerikan.
Kisah ini turut menampilkan kemunculan watak-watak kegemaran seperti Priestess, High Elf Archer, dan Sword Maiden, yang pasti akan menghidupkan lagi pengalaman permainan.

Update ini juga memperkenalkan dua acara bermusim: Journey to Another World dan Goblin Doomsday. Dalam Journey to Another World, pemain akan berhadapan dengan Gronvar, bos kuat yang menghuni hutan liar.
Manakala dalam Goblin Doomsday, pemain akan diuji untuk menumpaskan Master of the Fiend Den, pemerintah Ancient Fiend Den yang kini dikuasai goblin. Setiap acara menawarkan 15 normal battle dan 15 challenge battle, menjadikan keseluruhan total 30 pertempuran penuh aksi.

Bagi memeriahkan kolaborasi ini, kostum baharu untuk Goblin Slayer, Priestess, High Elf Archer, dan Sword Maiden akan dilancarkan secara berperingkat. Sepanjang tempoh dari 8 Mei hingga 5 Jun 2025, pemain boleh mendapatkan kostum Goblin Slayer secara percuma.
Selain itu, beberapa peralatan eksklusif turut ditawarkan, termasuk tiga jenis peralatan SR untuk semua watak dan satu set peralatan UR istimewa khusus untuk Goblin Slayer.
BrownDust2 kini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi bersama Goblin Slayer Ⅱ, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post