Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Giliran Everything & Metro: 2033 Redux untuk PERCUMA di Epic Games Store!

Sudahkah kamu tebus enam game Batman sebelum ini?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC
0 0
0
Giliran Everything & Metro: 2033 Redux untuk PERCUMA di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua permainan video baru adalah percuma untuk dimuat turun selama seminggu di Epic Games Store: Everything oleh David OReilly dan Metro: 2033 Redux oleh 4A Games sehingga 3 Oktober.

Everything oleh David OReilly adalah realiti simulator yang menang pelbagai anugerah dan dikeluarkan pada tahun 2017 untuk PlayStation 4 dan PC, dan pada 2019 untuk Nintendo Switch. Permainan ini unik di mana semua yang kamu lihat adalah sesuatu yang kamu boleh jadi, daripada haiwan ke planet ke galaksi dan seterusnya. Jelajah alam semesta yang luas dan saling berkait tanpa matlamat khusus, markah, atau tugas untuk diselesaikan.

Dibangunkan oleh 4A Games, Metro: 2033 keluar pada tahun 2010; manakala Redux dikeluarkan pada tahun 2014 untuk PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One. Game ini berkisarkan di mana dunia telah hancur oleh peristiwa apokaliptik, dan telah memusnahkan hampir semua umat manusia serta menjadikan permukaan bumi kepada tanah kosong yang beracun. Sejumlah orang yang terselamat berlindung di bawah tanah Moscow, dan dunia telah memasuki Zaman Gelap baru. Beberapa tahun kemudian, sebuah generasi baru telah dilahirkan dan dibesarkan di bawah tanah, dan mereka berjuang untuk bertahan hidup, antara satu sama lain dan kengerian raksasa yang menunggu di luar.

Pelbagai game ditawarkan secara percuma setiap minggu di Epic Games Store. Sebelum menggantikan permainan video percuma dengan Everything dan Metro: 2033 Redux, Epic telah memberikan enam permainan video Batman – Batman: Arkham Asylum, Batman: Arkham City, Batman: Arkham Knight, dan Lego Batman Trilogy.

Pada 3 Oktober, Everything dan Metro: 2033 Redux akan digantikan oleh permainan teka-teki indie Minit.

Sumber – Epic Games Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 4A GamesDavid OReillyepic games storeEverythingMetro: 2033 Redux
Previous Post

Malam Menjelma! Ribut paling kencang di Super Mecha Champions tiba untuk Musim 2!

Next Post

Siap sedia dengan acara Mobile Legends: Bang Bang World Championship dengan kolam hadiah sebesar USD $250,000 (RM1.05 Juta)!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Siap sedia dengan acara Mobile Legends: Bang Bang World Championship dengan kolam hadiah sebesar USD $250,000 (RM1.05 Juta)!!

Siap sedia dengan acara Mobile Legends: Bang Bang World Championship dengan kolam hadiah sebesar USD $250,000 (RM1.05 Juta)!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd