Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact SEA Carnival Bakal Berlangsung! Daftar Sekarang Untuk Menjadi Traveler Terhebat Asia Tenggara!

Maira by Maira
November 12, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Genshin Impact SEA Carnival Bakal Berlangsung! Daftar Sekarang Untuk Menjadi Traveler Terhebat Asia Tenggara!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu bercerita tentang esport, mesti ramai yang terfikir game seperti DOTA 2, PUBG, LoL dan macam-macam lagi. Kali ini, Genshin Impact pula akan mengadakan perlawanan antara Traveler dalam acara Genshin Impact SEA Carnival! Acara tersebut dianjurkan dengan kerjasama Genshin Impact dan IO esports. Jom kami ceritakan lebih lanjut tentang acara tersebut.

Genshin Impact SEA Carnival merupakan kejohanan yang meliputi elemen online dan offline, di mana ia akan distrim melalui platform online. Traveler daripada Asia Tenggara akan dipilih untuk menyertai cabaran pada masa yang ditetapkan oleh staf rasmi. Ia akan diadakan secara berkumpulan, dengan satu kumpulan mempunyai tiga orang pemain.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat jemputan selebriti yang akan membantu Traveler berlawan dalam kejohanan tersebut! Selain itu, Traveler lain yang menonton kejohanan itu juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!

Berikut adalah negara-negara yang boleh menyertai acara ini:

  • Malaysia
  • Indonesia
  • Singapura
  • Thailand
  • Filipina
  • Vietnam
  • Kemboja
  • Timor-Leste
  • Laos
  • Brunei
  • Burma (Myanmar)

Anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mendaftarkan diri melalui pautan ini. Pendaftaran akan dibuka bermula hari ini, 12 November sehingga 24 November 2022. Anda boleh rujuk maklumat di bawah mengenai masa kejohanan.

  • Pusingan kelayakan: 26 November – 27 November 2022
  • Final: 17 Disember – 18 Disember 2022
  • Tempat final diadakan: Kuala Lumpur, Malaysia

Mesti anda tertanya-tanya, apakah hadiah lumayan yang akan dimenangi dalam Genshin Impact SEA Carnival ini? Kalau anda ingin tahu, pemenang bakal membawa pula hadiah tunai dan primogem. Berikut adalah senarai hadiah tersebut:

  • Pemenang utama (satu kumpulan): Wang tunai sebanyak 4000 USD (anggaran RM 18,000)
  • Runner up (satu kumpulan): Wang tunai sebanyak 2000 USD (anggaran RM 9000)
  • Tempat ketiga & keempat: Wang tunai sebanyak 1000 USD (anggaran RM 4000) dengan 1000 primogem untuk setiap ahli kumpulan.
  • Tempat kelima & kelapan: Wang tunai sebanyak 500 USD (anggaran RM 2000) dengan 500 primogem untuk setiap ahli kumpulan.

Kalau anda inginkan maklumat lanjut mengenai acara ini, boleh lawati laman web rasmi acara. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact SEA CarnivalIO esports
Previous Post

“Buat yang terbaik untuk harumkan nama negara” – Interview VR Universal 4RIVALS (PUBG – PL2022)

Next Post

“Komunikasi adalah kunci” – Interview bersama SGDV2 (PUBG – PL2022)

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Komunikasi adalah kunci” – Interview bersama SGDV2 (PUBG – PL2022)

"Komunikasi adalah kunci" - Interview bersama SGDV2 (PUBG - PL2022)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd