Genshin Impact 3.0 semakin menghampiri malah anda juga sudah boleh muat turun data pre-load untuk versi terbaru itu. Dalam kemas kini akan datang, Genshin Impact akan membawa region terbaru yang dikenali sebagai Sumeru serta watak-watak penting yang akan dijumpai sepanjang bab terbaru pengembaraan Traveller. Baru-baru ini, akaun media sosial rasmi Genshin juga telah memperkenalkan tiga watak Sumeru terbaru yang akan tersedia untuk pemain. Watak tersebut ialah Candace, Nilou dan Cyno. Tanpa membuang masa, jom kita lihat sedikit info mengenai mereka!
Candace

Pelindung kepada Aaru Village, Candace merupakan watak Hydro baru yang akan diperkenalkan dalam Genshin Impact 3.0. Dia menggunakan Polearm sebagai senjata utamanya.
Candace datang daripada keturunan King Deshret dengan kuasa yang membolehkannya menyeru ribut pasir. Sesiapa yang tinggal di Aaru Village akan mengenalinya sebagai seorang pelindung yang baik dan berusaha untuk menjaga mereka.
Nilou

Nilou antara watak 5 star dalam roster Sumeru. Dia telahpun didedahkan dalam teaser sebelum ini. Seorang lagi watak Hydro baru yang akan tersedia di Sumeru dan menggunakan pedang sebagai senjata utama.
Dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap tarian dan seni berbanding menuntut ilmu sedangkan Sumeru merupakan sebuah negara yang pentingkan ilmu pengetahuan. Kalau anda ingin melihat persembahan daripada Nilou boleh singgah ke Zubayr Theater.
Cyno

Salah seorang watak lelaki 5 star Electro yang juga merupakan seorang pelajar di Sumeru Academia, sebuah institut terkemuka dalam seni dan rekod sejarah. Cyno menggunakan Polearm sebagai senjata utama.
Kalau anda ingin tahu, dia sangat rapat dengan Collei, seorang lagi watak yang anda akan jumpa dalam Genshin Impact 3.0. Cyno jugalah yang telah membantu gadis itu dalam mengawal kuasanya yang kuat.
Mesti anda tidak sabar untuk bermain sebagai mereka bertiga ini nanti, betul tidak? Apapun, kenalah tunggu banner mereka keluar dulu. Malang sekali Cyno, Nilou dan Candace tidak akan tersedia dalam banner Genshin Impact 3.0. Tetapi anda mempunyai peluang untuk mendapatkan Tighnari dan Collei yang akan tiba dalam kemas kini terbaru pada 24 Ogos ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post