Di Twitter rasmi Genshin Impact, miHoYo secara rasmi mendedahkan satu fitur hebat untuk para peminat. Ini bukan fitur dalam permainan, tetapi merupakan fitur di laman web miHoYo yang sepatutnya akan memudahkan pengalaman pengguna semasa bermain.
Dear Travelers,
HoYoLAB has officially launched the "Teyvat Interactive Map" feature >w<
The map not only marks the location of important resources, monsters, and elemental oculi, but also supports 13 languages!https://t.co/YJSn5kIx3J#GenshinImpact pic.twitter.com/ySUQXLQRYj— Genshin Impact (@GenshinImpact) April 27, 2021
Bersama dengan update 1.5 baru-baru ini, fitur terbaru miHoYo adalah peta interaktif berdasarkan wilayah Teyvat di laman web rasmi. Meliputi keseluruhan kawasan permainan (setakat ini), peta ini agak mirip dengan Google Maps dan peta interaktif lain. Pemain dapat melihat di sekitar peta menggunakan tetikus serta membesar dan memperkecil untuk melihat lebih jelas dengan roda tatal di tetikus. Jangan pandang rendah pada peta ini kerana tahap perinciannya akan bertambah lebih teliti apabila pemain “zoom in” pada peta.
Peta interaktif ini merangkumi dari lokasi sumber penting, lokasi raksasa, lokasi harta karun, “waypoint”, elemen oculi, dan banyak lagi. Menurut Twitter miHoYo, ia juga menyokong 13 bahasa berlainan, yang seharusnya dapat membantu banyak pemain di negara lain. Peta ini juga memiliki ruang kosong untuk wilayah-wilayah lain ketika kawasan baru lain ditambahkan di kemas kini akan datang.
Peta ini sangat berguna untuk pemain yang ingin merancang perjalanan mereka di seluruh Teyvat, di mana ia akan membantu kita untuk mencari sumber yang berguna untuk menguatkan watak, atau untuk mereka yang terlepas beberapa sumber penting walaupun rasa diri sudah meneroka keseluruhan peta. Sejujurnya, ini lebih mudah daripada peta dalam permainan, kerana semua perkara teah dilabel, dan pemain tidak perlu membuka menu lain untuk menggunakannya. Mereka hanya boleh membukanya di peranti berbeza untuk memudahkan rujukan.
Genshin Impact kini tersedia untuk peranti mudah alih, PC, PS4, dan PS5, dengan versi Switch dalam pembikinan. Untuk segala liputan kami tentang Genshin Impact, sila tekan pautan ini.
Sumber – Genshin Impact

@gamersantaimy
Discussion about this post