Baru-baru ini, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine telah berjaya menyerbu ladang perlombongan cryptocurrency rahsia di bandar Vinnytsia. Menarik dalam serbuan ini adalah, mereka telah berjaya menjumpai sejumlah PlayStation 4 Pro yang banyak dengan beberapa peranti lain untuk melombong cryptocurrency. Suspek tersebut menyimpan barang-barang itu di dalam sebuah gudang lama yang berdekatan dengan stesen janakuasa bagi memudahkan aktiviti haram mereka.
Hasil dari serbuan yang dilakukan, pihak keselamatan Ukraine telah merampas sehingga 5,000 keping perkakasan komputer, termasuk lebih dari 500 kad grafik, 50 prosesor dan 3,800 PS4 Pro. Tidak mengejutkan dengan jumlah perkakasan itu, kerana ianya diperlukan untuk menggerakkan rig melombong crypto. Malah, barang-barang elektronik tersebut kini sedang mengalami masalah kekurangan bekalan di seluruh dunia, kerana disyaki disebabkan aktiviti perlombongan cryptocurrency yang semakin berleluasa.

Seperti yang ada lihat di dalam gambar, terdapat sejumlah PS4 Pro yang banyak disimpan pada rak untuk digunakan bagi melombong cryptocurrency. Sebelum ini, kita pernah dengar yang konsol permainan boleh digunakan untuk aktiviti tersebut, seperti projek DIY Game Boy bagi melombong Bitcoin. Jadi ini boleh mengesahkan mereka telah menemui cara untuk melombong cryptocurrency dengan lebih cekap menggunakan konsol.
Selain itu, PS4 Pro mempunyai memori GDDR5 8GB yang dicatat pada 6.8 Gbps dan mampu memberikan jalur lebar sehingga 217,6 Gbps. Sebagai perbandingan, Radeon RX 580 merupakan salah satu GPU perlombongan terbaik kerana mempunyai memori 256 Gbps, jadi ini menunjukkan PS4 Pro berpotensi mempunyai keupayaan melombong cryptocurrency.

Antara sebab harga perkakasan komputer seperti kad grafik melambung tinggi adalah disebabkan oleh kegiatan melombong cryptocurrency dari mereka yang bertanggungjawab. Akibatnya, kita yang nak upgrade barang PC menjadi tidak mampu untuk membelinya sebab harga pasaran terlalu tinggi.
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post