Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Garena Umum “Heroes of Newerth: Reborn” – MOBA Klasik Kembali Ke Era Moden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2025
in Artikel, Berita, MOBA, PC
0 0
0
Garena Umum “Heroes of Newerth: Reborn” – MOBA Klasik Kembali Ke Era Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Kongor Studios, dengan kerjasama Garena, secara rasmi mengumumkan kepulangan game MOBA yang digemari ramai, Heroes of Newerth, kini dengan tajuk baharu: Heroes of Newerth: Reborn. Game ini akan dilancarkan secara free-to-play di platform iGames, membawa nafas baru kepada klasik ini sambil mengekalkan elemen utama yang menjadikannya kegemaran peminat.

Dilancarkan pada tahun 2010, Heroes of Newerth dengan cepat menjadi ikon dalam genre MOBA, dikenali kerana aksi pantas dan strategi luasnya. Kini, Heroes of Newerth: Reborn bertujuan untuk membina semula kejayaan tersebut dengan peningkatan ketara dan pengalaman pemain yang lebih lancar.

Pada hari pelancaran, pemain boleh memilih daripada lebih 80 hero, dengan lebih banyak watak akan ditambah dalam kemas kini seterusnya. game ini juga menerima peningkatan prestasi, mekanik yang lebih halus, serta user interface yang direka semula sepenuhnya, semuanya dikuasakan oleh iGames Engine.

Kredit: Kongor Studios

Dengan peningkatan ini, pemain boleh menikmati FPS lebih tinggi, server ultra-pantas 100-tick, dan dunia yang telah diperbaharui sepenuhnya dengan kesan bunyi serta animasi yang lebih realistik.

Selain itu, penambahan menarik turut termasuk boss baharu, Phoenix, yang akan menjadi cabaran sukar tetapi berbaloi untuk ditakluki oleh pemain. Game ini turut memperkenalkan beberapa mekanik inovatif, seperti Ravens yang membantu dalam scouting serta Kongor yang boleh menolak lane musuh, menambah dimensi taktikal baharu.

Kredit: Kongor Studios

Selain itu, sistem Role Queue membolehkan pemain memilih peranan kegemaran mereka sebelum memasuki perlawanan, menjadikan pengalaman pertandingan lebih tersusun.

Dengan pelancaran Heroes of Newerth: Reborn, Garena dan Kongor Studios menghidupkan semula salah satu game MOBA paling ikonik dengan penambahbaikan moden, sambil memastikan ia tetap setia kepada akar asalnya. Ikuti perkembangan terkini dan nantikan pelancaran rasmi Heroes of Newerth: Reborn di iGames tidak lama lagi!

Kredit: Kongor Studios
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Heroes of Newerth: RebornMOBA
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls: Senarai Watak Boleh Dimainkan Setakat Ini!

Next Post

Squid Game Season 3 Akan Membuat Debut Pada 27 Jun 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’
Berita

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’

June 27, 2025
Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!
Berita

Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

June 27, 2025
Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual
Berita

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual

June 27, 2025
Next Post
Squid Game Season 3 Akan Membuat Debut Pada 27 Jun 2025!

Squid Game Season 3 Akan Membuat Debut Pada 27 Jun 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd