Seiring dengan acara gamescom Asia 2022 yang diadakan di Singapore, banyak yang mereka kongsikan tetapi ada beberapa yang menarik minat kami. Salah satu daripadanya adalah mengenai Pengarahan Sinematik dalam Dunia “Real-Time” yang disampaikan oleh Sarah Delathanty daripada Blizzard Entertainment. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan membaca.

Sebelum adanya World of Warcraft: Shadowlands, mereka telah menjalani satu kehidupan yang sangat sukar sebagai seorang animator. Tetapi sejak daripada itu, mereka telah mempunyai “tool” yang sesuai digunakan untuk membina barang-barang di dalam Shadowlands. Ia hanya menjadikan hidup mereka lebih mudah terutamanya apabila mereka mencipta animasi “real-time”.
Namun, mereka hanya boleh menggunakan animasi yang ada dalam game tersebut. Jadi, sebelum mereka bermula, mereka perlu menyemak animasi yang ada pada watak itu. Dengan adanya “tool” baharu, mereka boleh menggabungkan pelbagai animasi yang berbeza dan hasilnya adalah satu animasi baharu. Contoh, jika anda suka pose dan pergerakan yang berbeza, ia boleh digabungkan dan menjadi satu animasi yang baharu. Akhirnya, mereka telah mencipta 7 cutscene animasi “real-time” dalam Shadowlands.

Tidak cukup dengan itu, Sarah memberikan satu lagi contoh yang lebih jelas. Hanzo berdiri di atas helikopter tetapi Blizzard jelas tidak mempunyai aset helikopter. Jadi, dia mencipta helikopter pelik dengan menggunakan pelbagai aset termasuk lantai, enjin stim dan model watak yang menghasilkan pedang gergasi sebagai kipas. Ia berfungsi dengan sangat baik.
Cutscene “real-time” hanya membawa satu lagi lapisan penceritaan ke dalam game di mana yang lain hanya muncul sebagai “quest” atau lain-lain.

Jadi, itu sahaja perkara yang dikongsikan dalam sesi perkongsian yang diadakan semasa gamescom Asia 2022 berkenaan tajuk Pengarahan Sinematik dalam Dunia “Real-Time” oleh Sarah Delathanty daripada Blizzard Entertainment.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post