Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[gamescom 2021] The Gunk menampilkan gameplay baru, akan keluar Disember 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[gamescom 2021] The Gunk menampilkan gameplay baru, akan keluar Disember 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

The Gunk oleh studio Image and Form Games adalah salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan untuk Xbox pada tahun ini. Malangnya, tidak banyak maklumat dikongsi tentang permainan sehinggalah hari ini di mana ia telah muncul semasa acara gamescom 2021. Bakal dilancarkan pada bulan Disember 2021, trailer gameplay pertama untuk The Gunk telah didedahkan, yang boleh anda lihat di bawah:

Kita akan bermain sebagai Rani, seorang perantau angkasa lepas yang meneroka galaksi demi mencari apa-apa sumber daya yang dapat dijual untuk bertahan hidup. Ketika dia dan pasangannya, Becks, mendarat di planet yang “kelihatan” tandus, mereka telah menemui “the gunk”, yang merupakan sejenis bahan toksik misteri. Selepas menyiasat lebih lanjut, rupanya “the gunk” yang bertanggungjawab menghancurkan habitat flora dan fauna di planet ini.

Gameplay The Gunk mempunyai penekanan besar pada penerokaan dan dunia yang akan kita bakal meneroka mengandungi pelbagai bioma seperti gunung yang berbatu, hutan yang luas, gua bawah tanah yang dalam, dan lain-lain. “The gunk” telah menghancurkan semua zon ini, tetapi selepas membuang bahan toksik tersebut, anda akan melihat ekosistem kembali pulih dalam bentuk sebenarnya. Rani dilengkapi dengan sarung tangan prostetik yang boleh “di-upgrade”. Dengan senjata ini, dia dapat menyedut semua “gunk” lantas mengubah kawasan yang tandus itu ke keadaan yang lebih bagus.

RelatedPosts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

The Gunk
The Gunk

Sekali lagi saya ingatkan, The Gunk akan keluar pada Disember di pelantar Xbox Series, Xbox One, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang acara gamescom 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – Xbox

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayGamescom 2021The Gunkxbox
Previous Post

[gamescom 2021] Xbox Cloud Gaming akan datang hujung 2021, main game Xbox Series X di Xbox One!

Next Post

[gamescom 2021] Forza Horizon 5 mendedahkan Gameplay Baru dan Cover Cars Mercedes-AMG ONE juga 2021 Ford Bronco Badlands!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
[gamescom 2021] Forza Horizon 5 mendedahkan Gameplay Baru dan Cover Cars  Mercedes-AMG ONE juga 2021 Ford Bronco Badlands!

[gamescom 2021] Forza Horizon 5 mendedahkan Gameplay Baru dan Cover Cars Mercedes-AMG ONE juga 2021 Ford Bronco Badlands!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd