Gamera: Rebirth, siri anime terbaru daripada Netflix akan hadir ke platform tersebut nanti di seluruh dunia. Kalau anda ingin tahu, siri ini telah pun diumumkan pada November yang lalu. Akhirnya, teaser pertama serta visual anime didedahkan pada hari ini. Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.
Bersama-sama pelepasan teaser tersebut, siri anime Gamera itu akan mempunyai 6 episod kesemuanya. Ia akan memaparkan kaiju bernama “Gamera” yang akan berlawan dengan lima kaiju ikonik lain. Buat sementara ini, hanya Gyaos yang dapat kita lihat daripada poster rasmi.

Kepada anda yang tidak mengenali Gamera, ia merupakan seekor raksasa fiksyen yang dihasilkan oleh Daiei. Kelihatan seperti kura-kura, kaiju itu telah membuat penampilan pertama pada 1965 dalam filem Gamera. Kali terakhir Gamera muncul dalam filem ialah pada 2006 dengan tayangan filem Gamera the Brave.
Maklumat lanjut mengenai siri anime terbaru ini akan didedahkan pada malam ini. Mungkin kita akan mendapat tarikh tayangan serta barisan pelakon suara di sebalik siri tersebut.

Banyak juga projek Netflix dengan Kaiju serta siri tokusatsu lain. Sementara tunggu Gamera: Rebirth ini ditayangkan, bolehlah anda menonton siri anime kaiju lain seperti Godzilla Singular Point, Godzilla: Planet of the Monsters, Godzilla: City on the Edge of Battle dan Godzilla: The Planet Eater di Netflix.
Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai siri Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post