Hai semua! Kitorang kat sana memang happy sebab dapat interview dengan seorang Streamer dan Pro Gamer yang mewakili Team Esports The Face Gaming untuk game PUBG, kami disini menanyakan pelbagai tentang Zack yang tournament apa dia masuk, apa favorite map dia dan Banyak lagi!
Boleh perkenalkan diri Zack kepada pembaca dan boleh ceritakan tentang diri Zack sebagai Streamer dan Pro Gamer?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Nama saya ialah Zack, berumur 30 dan berkerja sebagai full-time streamer dan professional gamer.
Suka main PUBG secara solo atau berkumpulan? Boleh beritahu kenapa?
Lebih menyukai secara berkumpulan dari solo. Berkumpulan atau secara squad adalah lebih challenging dan dapat belajar dengan lebih cepat dalam bab game sense, teamwork, communication dan juga rotation.
Zack pernah tak main PUBG Mobile tak? Jika ya, Apa pandangan Zack tentang PUBG Mobile?
Pernah sekali dua. Pandangan saya tentang PUBG mobile adalah lebih senang untuk dimain daripada PUBG PC. PUBG PC tidak terdapat lokasi enemy bila ditembak, tidak terdapat aim control dan graphics adalah lebih senang untuk melihat enemy daripada pubg PC.

Apa map paling best bagi Zack? Dan boleh beritahu kenapa?
Map paling disukai adalah Sanhok, kerana Sanhok tidak perlu masa yang lama untuk loot dan lebih pada combat. Sanhok juga adalah map paling sukar untuk melihat enemy daripada map lain, training untuk melihat enemy pada apa jua terrain adalah salah satu benda paling penting dalam PUBG.
Zack ada cadangan apa PUBG boleh diperbaiki dan Selain PUBG, Adakah Zack akan main game BR lain pada masa akan datang?
Benda yang perlu diperbaiki dalam PUBG hanyalah server mereka dan Sementara waktu tidak lagi, insha allah dalam masa akan datang.
Ada sesiapa yang mengajar Zack tentang PUBG? Atau Zack latih sendiri dalam PUBG?
Pada mula pertama bermain PUBG, saya dilatih oleh beberapa rakan baik saya. Dalam masa sama, saya juga bermain solo untuk training sendiri.

Apakah Cabaran ataupun Ujian Zack yang Zack pernah tempuh? Dan apa pandangan ahli keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang yang Zack nak jadi Online Streamer?
Cabaran paling sukar adalah untuk memastikan masa untuk streaming, oleh kerana sebelum beralih ke full time streamer saya perlu handle beberapa perniagaan. Alhamdullilah keluarga, kawan-kawan dan juga orang tersayang memahami saya dalam bidang ini serta memberi sokongan yang besar pada saya, tidak boleh saya lakukan ini tanpa sokongan mereka.
Apakah motivasi utama Zack untuk meneruskan dalam dunia Streaming?
Motivasi saya untuk meneruskan streaming adalah peminat-peminat setia saya yang selalu memberi sokongan pada saya.
Zack pernah masuk mana-mana PUBG tournament? Dan kalau ada, apa pencapaian terbaik bagi Zack?
Saya telah menyertai dalam 11 tournament, pencapaian terbaik adalah mendapat no. 3 dalam tournament Circle of Champions yang ditaja oleh Cooler Master dan disertai pemain dari India, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Kalau Zack tak mahu jadi streamer, apa kerja Zack akan buat ataupun Zack ada minat lain selain streaming?
Minat saya adalah perniagaan, sejak muda lagi sebelum streaming lagi.
Bagaimana Zack boleh buat audience Zack sendiri? Kita tahu yang Komuniti PUBG ni besar dan apa yang membuatkan Zack ni lain dari yang lain?
Dengan pertolongan teammate saya dari The Face Gaming dan juga ahli komuniti PUBG daripada Team Lapar Esport, Alan Lembu dan banyak lagi juga membantu saya. Mungkin kerana interaction saya dengan viewers dan fans dan juga gameplay yang serious dan kelakar pada waktu sama.
Kita dapat tahu yang Zack sekarang join team The Face Gaming, adakah ini pasukan Esports pertama yang Zack Join? Dan apa perasaan zack yang dapat menjadi ahli kumpulan The face gaming?
Yes betul, The Face Gaming adalah pasukan Esports pertama dalam game PUBG. Sebelum bermain PUBG, saya juga menyertai beberapa team dalam game CSGO dan juga mempunyai team sendiri iaitu Devastator. Saya amat terharu dapat menyertai The Face Gaming, tidak sekali menyesal dan berasa amat gembira dalam team The Face Gaming.
Adakah Zack akan buat streamer ni dalam Full-time ataupun buat pada masa lapang/part-time?
Saya telah beralih ke Full Time Streamer sejak bulan lepas.
Kita semua tahu yang nak buat duit sebagai gamer di Malaysia sangat susah tetapi Zack boleh buat income melalui streaming?
Pada waktu baru berjinak, mungkin banyak rintangan yang perlu dilalui. Selepas beberapa bulan, ada banyak cara yang boleh mendatangkan income contohnya donation, twitch subscription dan facebook streaming program. Saya juga telah menyertai facebook streaming dan mendapat Facebook Partnered tittle pada waktu ni.
Ada kata-kata semangat untuk pembaca yang mahu jadi streamer ataupun Pro Gamer dan sedikit kata-kata terakhir untuk peminat Zack?
Semua perkara pada mulanya selalunya disertai dengan berbilang rintangan dan cabaran. Jangan give up dalam apa-apa jua dan teruskan perjuangan anda jika minat ini adalah sesuata yang anda mahu. Ramai akan mempertikai kan anda dengan bincangan yang negative. Percayalah, kalau anda melakukan full time streaming dengan cara yang betul dan committed, insha allah pendatangan income adalah sangat banyak.
Kami di Gamer Santai mendoakan Zack akan berjaya ke peringkat dunia dalam dunia Pro Gamer/Streamer dan menjadi inspirasi kepada semua, Kami disini ingin mengucapkan Terima Kasih kerana sudi terima kami untuk menemuramah Zack “Revoluzion”.
Korang boleh follow Zack di:-
Facebook: https://www.facebook.com/zackrevoluzion/
Facebook Group: https://www.facebook.com/groups/353284245216890/
Website: http://thefacegaming.com/
@gamersantaimy
Discussion about this post