Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer PS5 boleh dapatkan kelebihan kompetitif dengan controller FPS khusus SCUF Gaming!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2021
in Artikel, Berita, Produk, PS5, Teknologi
0 0
0
Gamer PS5 boleh dapatkan kelebihan kompetitif dengan controller FPS khusus SCUF Gaming!
Share on FacebookShare on Twitter

SCUF Gaming telah memperkenalkan model controller khusus untuk pemain FPS (first-person shooter) di PS5. Diberi nama SCUF Reflex, Reflex Pro, dan Reflex FPS, ketiga-tiga model ini direka khusus untuk konsol PlayStation 5 dengan fokus untuk pemain yang gemar playstyle kompetitif.

Untuk pemain FPS yang suka game seperti Call of Duty atau Battlefield, model controller Reflex menampilkan grip berprestasi tinggi bersama bumper segera dan instant trigger – yang menghapuskan isu trigger pull dan menawarkan gerakan one-tap serupa dengan tetikus untuk kelajuan berganda. Controller ini tidak mempunyai force feedback motor atau adaptive trigger, lantas menjadi lebih ringan dan menghilangkan getaran yang tidak diingini semasa bermain, supaya “aiming kita sentiasa on point” setiap masa.

The brand new SCUF Reflex for PS5 is here.
Show no mercy. Be Unstoppable. pic.twitter.com/ctc9CZj552

— SCUF (@ScufGaming) December 7, 2021

Berikut adalah ciri-ciri utama untuk SCUF Reflex, Reflex Pro dan Reflex FPS termasuk:

  • Empat butang belakang yang boleh dikonfigurasikan kepada 12 fungsi
  • Profile Switch membolehkan anda menyimpan tiga konfigurasi remapping untuk game berbeza
  • Adaptive trigger, daripada controller PS5 DualSense™, mengubah daya dan ketegangan untuk meningkatkan keasyikan dalam permainan (Reflex dan Reflex Pro sahaja)
  • Grip berprestasi tinggi untuk keselesaan dan ketahanan (Reflex Pro dan Reflex FPS sahaja)
  • Instan trigger dan bumper mengurangkan jarak tarikan untuk pengaktifan lebih pantas (Reflex FPS sahaja)
  • Sambungan wayarles untuk bermain dengan selesa dari jauh
  • Reka bentuk dan bahan thumbstick ditambah baik untuk lebih cengkaman dan ketahanan
  • Pilihan thumbstick yang boleh ditukar ganti, termasuk panjang, pendek, kubah dan konklaf, untuk kesesuaian yang dioptimumkan
  • Kemasan faceplate boleh tanggal untuk menukar warna dan thumbstick dengan lebih mudah
  • Cincin anti geseran untuk pergerakan thumbstick yang lebih lancar dan terkawal
  • Mute headset anda dengan hanya menekan satu butang
  • Bateri boleh dicas semula melalui USB Type-C

Model Reflex pada mulanya akan tersedia dalam warna hitam, di mana lebih banyak warna akan dikeluarkan pada kemudian hari. Buat mereka yang berminat, semua controller SCUF Gaming di atas adalah serasi dengan PS5 dan Windows 7+ dan berikut adalah harga rasmi (termasuk anggaran RM):

  • SCUF Reflex – $199.99 (anggaran RM844.16)
  • Reflex Pro – $229.99 (anggaran RM970.79)
  • Reflex FPS – $259.99 (anggaran RM1,097.42)

Semuanya kini tersedia secara eksklusif di:  www.scufgaming.com/reflex. Jika anda ingin membeli aksesori tambahan atau game yang mantap di PS5, korang boleh lihat panduan hadiah PlayStation kami untuk tahun 2021.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ControllerFPSps5scuf gaming
Previous Post

Legend of Mana kini tersedia di iOS dan Android. Jom selamatkan dunia Fa’Diel dalam mobile!

Next Post

Uncharted: The Legacy of Thieves Collection- Maklumat baru mengenai koleksi ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Uncharted: The Legacy of Thieves Collection- Maklumat baru mengenai koleksi ini!

Uncharted: The Legacy of Thieves Collection- Maklumat baru mengenai koleksi ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd