Seorang gamer Forza Horizon 5 telah dikenakan ban hampir 8,000 tahun selepas membuat custom design dengan wajah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, bersama logo KFC.
Forza Horizon 5 mempunyai sistem customization yang hampir tidak terbatas. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang kita perlu mengelak sekiranya terlalu sensitif. Dikesan di Reddit, seorang gamer bernama AllThingsRacing didapati menghasilkan design custom di Forza Horizon 5 yang merujuk kepada syarikat makanan segera popular KFC sambil menyindir pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.
Selain itu, dia menambah hashtag #SendNukes, menggantikan jenama Pirelli kepada Pyongyang Pirelli (ibu negara Korea Utara), dan menukar jenama Nike dan New Balance masing-masing kepada Nuke dan Nuke Balance.


Dilihat sebagai perkara yang boleh membangkitkan isu politik, ada pihak berkuasa yang tidak setuju dengan jenaka ini lalu mengenakan ban selama 7978 tahun ke atas gamer tersebut. Menurut gambar di bawah, akaun dia hanya akan dibuka pada 31 Disember 9999 dan harap maklum, ini hanya kesalahan pertama. Jika perkara ini ulang sekali lagi, dia akan dikenakan ban yang lebih lama.
Ban ini tidak datang dari developer Forza Horizon 5 iaitu Playground Games, tetapi sebaliknya dari Turn 10 Studios (developer Forza Motorsport) yang merupakan pencipta kepada francais Forza.

Sudah tentu, ramai di dalam komuniti tidak setuju dengan tindakan tegas Turn 10 Studios, tetapi isu ini mungkin akan jadi masalah besar jika tidak diuruskan dengan betul. Apa-apa hal pun, pastikan korang tidak buat perkara yang bikin kontroversi seperti itu. Kalau tidak, mungkin akaun korang pula yang kena ban sampai beribu-ribu tahun.
Forza Horizon 5 kini tersedia di PC, Xbox Series X|S, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post