Baru-baru ini, Sega mengeluarkan video teaser baharu mengenai Sonic Frontiers yang masih dijadualkan untuk keluar pada hujung tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. Seperti yang kita tahu sebelum ini, ia adalah game Sonic pertama yang ditampilkan dengan open-zone atau lebih dikenali sebagai open-world.
Dengan mengeluarkan teaser baharu ini, mereka mendedahkan sedikit gameplay yang ditunjukkan termasuk serangan sonic dan musuh. Kita dapat lihat visual yang ditampilkan melalui video teaser tersebut nampak sangat hijau dan mudah untuk melihat Sonic yang berwarna biru.

Jika kita lihat pada video teaser tersebut, nampaknya Sonic tidak berlawan dengan musuh yang selalu dilihat dalam game-game sebelum ini. Dalam pertempuran pertamanya, musuh Sonic kelihatan seperti bentuk geometri telah dilontarkan oleh Sonic membuat serangan spin-dash untuk menghancurkan musuh. Bukan itu sahaja, Sonic juga berlawan dengan musuh yang kelihatan seperti bebola mata.

Pada pengakhiran video, kita dapat saksikan Sonic sedang berlawan dengan robot besar yang gayanya seperti Shadow of the Colossus. Dia berputar, tumbuk dan tendang lalu memusnahkan robot tersebut dengan beberapa letupan yang menandakan kemenangan untuk Sonic.

Seterusnya, kita melihat Sonic meluncur di landasan dan mengumpul gegelung emas, menghidupkan sensor dengan berlari di atas roda hamster gergasi, dan berputar mengelilingi musuh untuk membuat puting beliung.
Selain itu, filem Sonic the Hedgehog 3 sedang dalam pembikinan dan akan menampilkan Shadow. Menurut penulis Sonic, mereka suka untuk memasukkan unsur-unsur daripada Sonic Adventure 2 dan Shadow the Hedgehog ke dalam filem seterusnya serta membawa kembali game berusia 20 tahun itu untuk penonton baharu.

Tidak banyak perkara yang didedahkan melalui video teaser tersebut, namun kita dapat melihat sedikit gameplay yang memberikan jangkaan kepada peminat untuk Sonic Frontiers. Harap-harap mereka dapat keluarkan lebih banyak maklumat pada masa akan datang. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Sonic, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post