Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Call of Duty Warzone Mobile bocor semasa ujian Alpha

safwan by safwan
June 7, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game Baru, Mobile, Mobile Game
0 0
0
Gameplay Call of Duty Warzone Mobile bocor semasa ujian Alpha
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Call of Duty: Project Aurora telah memasuki ujian alpha namun terdapat satu kebocoran di mana gameplay yang ditunjukkan sama dengan Call of Duty Warzone cuma dalam versi mobile. Bukan setakat gameplay sahaja dibocorkan malah ada beberapa screenshot yang telah ditunjukkan.

Perkara ini telah dibocorkan oleh pengguna Twitter @CoDPerseus_ namun semuanya telah di padam oleh Activision atas isu hak cipta. Korang boleh tengok video gameplay di sini dan berikut adalah screenshot-nya:

Jika kita lihat pada video leaked tersebut, pemain akan turun dari kapal terbang dan mesti mencari kelengkapan untuk melibatkan diri dalam pertempuran. Dari segi mekanik, ianya sama seperti dalam versi PC COD Warzone. Korang boleh revive diri sendiri. Apabila korang terbunuh dalam game, mereka akan dibawa ke Gulag, di mana korang mesti menang untuk kembali ke Warzone.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Call of Duty: Project Aurora adalah game mobile baharu yang merupakan game mobile kedua daripada Call of Duty. Ianya adalah game battle royale yang mempunyai gameplay yang pantas dan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman baharu kepada pemain.

Malangnya, ujian alpha tertutup ini tersedia kepada bilangan peserta melalui jemputan secara terus. Walau bagaimanapun, mereka akan membuka dan menambah lebih ramai pemain sepanjang fasa ujian dijalankan. Memandangkan Projek Aurora masih dalam pembangunan, hanya sebilangan kecil peserta diperlukan untuk membantu mereka mencapai matlamat pada peringkat ini.

Saya ingin mengingatkan korang bahawa game ini sedang dalam pembikinan dan mungkin akan berubah secara keseluruhan. Ujian alpha adalah titik mula untuk mereka membuat penambahbaikan penalaan, perlawanan ujian tekanan, mengenal pasti dan membetulkan bug serta mengumpul maklum balas daripada peserta yang menyertai ujian tersebut.

Seperti yang kita tahu, game ini masih dibangunkan dan sudah pasti semua data serta perkembangan yang dibuat tidak akan dibawa ke game yang telah siap nanti. Ujian yang diadakan buat masa kini hanya untuk menilai mekanik gameplay Battle Royale berskala besar pada mobile. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Project Aurora, korang boleh pergi laman web rasmi Call of Duty.

Jadi marilah kita sama-sama menunggu pengumuman rasmi dari Call of Duty dan Activision mengenai Call of Duty Warzone Mobile. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: COD Warzone MobileProject Aurora
Previous Post

Entri terbaru francais Just Cause dikhabarkan dalam pembangunan

Next Post

My Hero Academia: Kelemahan terbesar All For One akhirnya didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
My Hero Academia: Kelemahan terbesar All For One akhirnya didedahkan!

My Hero Academia: Kelemahan terbesar All For One akhirnya didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd