Sebuah MOBA bertemakan Pokémon akan keluar tidak lama lagi! Diberi nama Pokemon Unite, ia akan datang ke Nintendo Switch dan peranti mudah alih pada masa akan datang. Walaupun The Pokemon Company tidak memberi info baru tentang permainan ini sejak mendedahkannya buat pertama kali pada tahun 2020, nampaknya kita memperolehi banyak maklumat baru.
Maklumat ini datang daripada gameplay bocor Pokemon Unite dari YouTube, yang menampilkan keseluruhan perlawanan bermula di menu pemilihan Pokemon hingga ke hujung perlawanan dan menu utama. Kami boleh melihat pemain itu mengawal Charizard tetapi Pokemon lain seperti Slowbro, Absol, Snorlax, dan Lucario juga membuat kemunculan.
https://www.youtube.com/watch?v=M8fa2xwQIy0&feature=emb_title
Dari mana gameplay ini datang? Pokemon Unite sebenarnya sedang melalui fasa beta tertutup sekarang. Malangnya, beta ini hanya tersedia di China buat masa sekarang seperti yang anda lihat daripada teks dalam permainan.
Pada masa yang sama, Pokemon Unite juga mempunyai fitur customization seperti MOBA lain di mana beberapa Pokemon berbeza boleh memakai “skin” yang unik. Akaun Twitter CentroPokemon telah memuat naik tiga gambar untuk menunjukkan beberapa skin Pokemon Unite yang kita boleh pakai dalam permainan. Pokemon yang dilihat mempunyai skin termasuk Machamp, Lucario, dan Mr. Mime.
Reveladas las primeras skins de Pokémon UNITE. pic.twitter.com/AuvFgor470
— Centro Pokémon (@CentroPokemon) January 15, 2021
Dari apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas, pemain dapat membeli skin ini di “in-game store“. Nilai yang ditunjukkan di bawah setiap skin juga menunjukkan bahawa pemain akan membeli kosmetik ini dengan salah satu mata wang dalam permainan. Setiap skin juga akan dibahagikan kepada “rarity” yang berbeza seperti “Legendary” atau “Common” dengan harga yang ditetapkan mengikut tahap mereka.
Itu sahaja maklumat yang saya dapat. Pokemon Unite akan keluar untuk peranti mudah alih dan Nintendo Switch tetapi belum mempunyai tarikh pelepasan buat masa ini. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon Unite, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post