Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Sci-fi/ Thriller, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mendedahkan maklumat terkini tentang PRAGMATA, sebuah game aksi fiksyen sains, dengan memperkenalkan gameplay baharu dan butiran cerita semasa acara Capcom Spotlight baru-baru ini.

PRAGMATA mengambil tempat dalam dunia futuristik yang tidak terlalu jauh dari zaman kita, di mana manusia telah menemui potensi luar biasa Lunam Ore—sumber utama dalam penciptaan Lunafilament, bahan yang mampu meniru hampir segala benda fizikal.

Kisah bermula apabila Bumi kehilangan hubungan dengan sebuah stesen penyelidikan di bulan yang bertanggungjawab menyelidik sumber inovatif ini. Insiden gempa mengejut di bulan menyebabkan kekacauan di stesen tersebut, sekali gus memulakan misi penyiasatan oleh protagonis bernama Hugh Williams.

Dalam insiden tersebut, Hugh terpisah dari pasukannya dan mengalami kecederaan. Namun, dia diselamatkan oleh sebuah android yang kelihatan seperti seorang kanak-kanak perempuan. Hugh menamakan android tersebut “Diana,” yang sebenarnya merupakan entiti ciptaan Lunafilament.

Diana kemudian menjadi sekutunya ketika mereka bersama-sama mengharungi persekitaran stesen yang penuh bahaya, berhadapan dengan robot-robot yang tidak lagi terkawal sambil mencari jalan untuk kembali ke Bumi.

Segmen gameplay terbaharu menampilkan gabungan menarik antara aksi dan strategi. Combat dalam PRAGMATA menekankan kerjasama dinamik antara Hugh dan Diana. Ketika pemain menyasar musuh, akan muncul panel khas pada skrin yang mewakili kebolehan penggodaman milik Diana.

Dengan menggerakkan kursor ke panel-panel tersebut, pemain boleh mematikan sistem pertahanan musuh, sekali gus mendedahkan titik lemahnya untuk ditembak oleh Hugh menggunakan pelbagai senjatanya. Sistem ini memerlukan reaksi pantas dan adaptasi strategi bagi menangani pertempuran yang kompleks secara masa nyata.

Aspek penerokaan turut melibatkan kerjasama erat antara kedua watak. Diana boleh menggodam sistem stesen untuk menghapuskan rintangan yang menghalang laluan mereka. Dalam masa sama, Hugh menggunakan sistem terbang pada sutnya untuk menavigasi kawasan yang sukar diakses.

Gabungan kebolehan ini membuka jalan baru serta penyelesaian kreatif, menjadikan elemen kerjasama sebagai teras pengalaman bermain.

Capcom turut melancarkan laman web rasmi PRAGMATA, yang memuatkan maklumat tambahan mengenai dunia dan mekanik gameplay. Pemain juga boleh mencuba “Hacking Minigame” di laman tersebut, memberi gambaran awal tentang sistem combat sebelum pelancaran penuh.

PRAGMATA akan tiba pada tahun 2026 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PRAGMATA
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual
Berita

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual

June 27, 2025
Monster Hunter Wilds Title Update 2 Membawa Masuk Lagiacrus, Seregios & Ciri Baharu Bermula 30 Jun
DLC

Monster Hunter Wilds Title Update 2 Membawa Masuk Lagiacrus, Seregios & Ciri Baharu Bermula 30 Jun

June 27, 2025
Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd