Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘Where Winds Meet’ Pamer Gameplay Open-World Wuxia, Akan Datang Ke PS5 & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, Open World, PC, PS5
0 0
0
Game ‘Where Winds Meet’ Pamer Gameplay Open-World Wuxia, Akan Datang Ke PS5 & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui acara State of Play hari ini, Everstone Studio mengumumkan bahawa game open-world RPG mereka ‘Where Winds Meet‘ akan dilancarkan untuk PlayStation 5 bersama PC.

Walaupun tarikh keluaran tidak diumumkan, tetapi mereka telah mengeluarkan trailer gameplay baharu yang anda boleh lihat di bawah:

Sinopsis

Kredit: Everstone Studio

“Where Winds Meet ialah judul open-world action adventure RPG Wuxia yang berlangsung di China pada abad ke-10 semasa era Lima Dinasti dan Ten Kingdom. Pemain akan bermain sebagai seorang pakar pedang muda ketika dia memulakan perjalanan untuk membongkar misteri identiti sendiri.”

“Di tengah-tengah kekacauan yang melanda dinasti purba, cipta kisah sendiri sambil merungkai misteri yang menyelubungi kelahiran anda dan takdir dalam dunia ini. Pelajari pelbagai teknik pertempuran purba seperti penumbuk, pedang, lembing, busur dan semangat untuk mengatasi musuh. Terima nasib dan bina hidup sendiri dalam kisah legenda ini!”

Gameplay

Kredit: Everstone Studio

Cipta dan customize watak serta perkembangannya menggunakan sistem pertempuran unik yang diilhamkan oleh Wuxia dengan pelbagai senjata dan kemahiran eksotik.

Anda boleh menghadapi musuh secara langsung dalam pertempuran jarak dekat, menggunakan senjata seperti Spear, Sword, Dual Blades, Glaive, Umbrella and Fan. Sebagai contoh; dalam perjalanan, anda dapat membuka pelbagai kemahiran unik seperti Acupuncture Hitting, Lion’s Roar dan Tai Chi.

Jika ingin mengalahkan musuh dari jauh, gunalah busur dan anak panah. Jika ingin senyap, gunakan taktik bersembunyi untuk mengelirukan musuh dalam serangan hendap strategik.

Kredit: Everstone Studio

Sebagai game open-world, teroka China kuno termasuk kawasan desa yang tenang, hutan belantara, bandar-bandar meriah, gua-gua misteri dan banyak lagi. Selami dunia realistik di mana kawasan persekitaran boleh dipengaruhi oleh cuaca, bencana alam dan konflik manusia. Temui beribu-ribu tempat menarik, mengembara di lebih 20 wilayah berbeza, dan berinteraksi dengan pelbagai watak dan aktiviti.

Selain itu, anda boleh memberi kesan kepada dunia dan wataknya mengikut interaksi dan pilihan pemain dan bertindak balas mengikut jawapan dan aksi anda.

Kredit: Everstone Studio

Jika anda tidak ingin bermain seorang diri, Winds Meet menyokong multiplayer sehingga empat rakan untuk meneroka dunia bersama. Jika tidak ingin bekerjasama, pemain juga boleh melibatkan diri dalam pertarungan player-versus-player.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Where Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Game Multiplayer FPS ‘Concord’ Diumumkan – Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!

Next Post

ASTRO BOT Kembali Di PS5, Game Baru Akan Tiba September 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
ASTRO BOT Kembali Di PS5, Game Baru Akan Tiba September 2024!

ASTRO BOT Kembali Di PS5, Game Baru Akan Tiba September 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd