Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘Upin & Ipin’ Akan Dikeluarkan Awal 2025, Khas Untuk PS4 & Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, Tempatan
0 0
0
Game ‘Upin & Ipin’ Akan Dikeluarkan Awal 2025, Khas Untuk PS4 & Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai siri animasi yang paling lama disiarkan di Malaysia, kini Les’ Copaque Productions Sdn Bhd bersedia untuk membawa francais ini ke platform baharu dengan memperkenalkan game konsol Upin & Ipin, yang bakal dikeluarkan pada awal tahun depan!

Kredit: Hj Burhan Radzi

Berita ini disampaikan oleh Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Productions Sdn Bhd, yang memberi pandangan pertama kepada game konsol Upin & Ipin tersebut.

Menurutnya, game itu dibangunkan sejak tahun lepas oleh Streamline Studios, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM15 juta, dan akan dilancarkan menerusi PS4 dan Switch. Game ini dijangka akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2025. Berikut adalah info penuh daripada beliau:

“Hari ini, game Upin & Ipin telah dihantar ke pejabat kami untuk diuji. Ia adalah game konsol yang boleh didapati di PS4 dan Switch. Tahun lepas, kami menugaskan Streamline Inc, pembangun game terkenal yang berpangkalan di Las Vegas, untuk membangunkan game Upin Ipin berdasarkan siri kami.”

“Ini adalah game mesra keluarga tanpa keganasan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Semua kakitangan Streamline yang terlibat dalam projek ini berpangkalan di Malaysia, dan bekerja rapat dengan pasukan kami. InshaAllah, projek itu akan siap pada Oktober 2024. Sementara menunggu kelulusan daripada penerbit, kami sasar untuk melancarkannya pada suku pertama tahun depan.”

“Projek ini merupakan usaha yang menarik dalam dunia gaming, kerana ia berdasarkan siri TV popular. Kami berharap game ini akan meletakkan Malaysia dalam peta dunia gaming. Kami optimis bahawa projek ini akan berjaya dan akan menjadi kebanggaan Malaysia.”

Kredit: Hj Burhan Radzi
Kredit: Hj Burhan Radzi
Kredit: Hj Burhan Radzi

Selain daripada info yang diberi, tidak banyak yang didedahkan tentang game ini termasuk gameplay dan jalan cerita. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu berita lanjut daripada Les’ Copaque Productions.

Buat masa sekarang, Upin & Ipin hanya mempunyai game di peranti mobile, yang terdiri daripada Pocket Ipin, Pocket Upin, Upin & Ipin Dash, Upin & Ipin: Pintar Berdoa, dan Upin & Ipin KipiBlocks.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Les' CopaqueUpin & Ipin
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Shin Megami Tensei V: Vengeance – Kembali Dengan Dendam!

Next Post

Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Datang 10 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Datang 10 September!

Persona 3 Reload 'Episode Aigis: The Answer' Akan Datang 10 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd