Semasa Xbox Games Showcase 2023, game RPG terbaharu Obsidian Entertainment, AVOWED telah pun mendedahkan tarikh pelepasan mereka iaitu pada tahun 2024. Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diumumkan daripada pembangun. Bersama-sama pendedahan tersebut, trailer baharu game telah menunjukkan gameplay yang meliputi penerokaan, dan juga beberapa watak game.
Terokai Living Lands, sebuah pulau misteri yang penuh dengan pengembaraan dan bahaya. Sebagai utusan daripada Aedyr, anda akan menyiasat khabar angin mengenai wabak berbahaya yang dipenuhi rahsia.

Tidak begitu banyak maklumat yang didedahkan mengenai game ini. Jadi kita boleh nantikan lebih banyak kemas kini mengenai game ini pada masa akan datang. AVOWED akan dilancarkan pada Xbox Series X dan PC termasuklah Steam dan Xbox Game Pass.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post