Ada satu projek DIablo yang tidak diumumkan tetapi dalam pembangunan. Blizzard sendiri yang mendedahkan dimana ada satu ‘job listing’ syarikat di website tersebut. Tetapi, tentang kekosongan kerja ini, tak dapat butiran secara terperinci. Apa korang rasa?
Pembukaan kerja tersebut adalah untuk “Dungeon Artist” dalam franchise Diablo. Ia juga disenaraikan dalam game yang tidak diumumkan. Keterangan yang cukup jelas bagi posis tersebut di mana akan bekerja untuk sesuatu yang baru :
“The minions of Hell are growing stronger… We’re working on a new, unannounced Diablo project.”
Blizzard belum umumkan apa-apa lagi tentang game Diablo yang baru. Adakah pembukaan kepada kerja ini merupakan sambungan kepada sequel Diablo 4 ataupun perkara lain yang kita terlepas pandang. Tetapi, ramai peminat Diablo inginkan sesuatu yang baru. Selain daripada itu, tiada ura-ura yang Blizzard akan menceritakan tentang perkara ini semasa E3 2018 nanti.
@gamersantaimy
Discussion about this post