Game yang bakal menjadi percuma seterusnya di Epic Games Store adalah The End is Nigh dan ABZU. Bermula 5 September ini sehingga 12 September.
The End is Nigh
Merupakan sebuah game platformer yang sukar dimana pemain akan bermain sebagai Ash. Ada perlu mengemudi lebih 600 level yang sukar yang dipenuhi pengembaraan daripada pencipta Edmund McMillen dan Tyler Glaiel (daripada pencipta Super Meat Boy & The Binding of Isaac).
Game ini telah dikeluarkan pada 12 Julai 2017 dengan harga USD$14.99. Percuma selama 8 hari.
ABZU
ABZU merupakan sebuah game pengembaraan yang membawa pemain ke dasar laut dimana mereka boleh berenang dan menemui berbagai makhluk di dasar laut. Pengarah kreatif game ini, Matt Nava pernah bekerja sebagai pengarah seni untuk game Journey dan Flower. Ini menjelaskan seni yang unik game ini. Pembangun game ini iaitu Giant Squid telah menyediakan satu laut yang luas dan dalam yang menanti untuk dijelajahi
ABZU telah berada di pasaran pada 2 Ogos 2016 dengan harga USD$19.99 dan sekali lagi, akan menjadi percuma selama 8 hari bermula 5 September ini.
Sumber: Techraptor
@gamersantaimy
Discussion about this post